Saturday, July 4, 2009
1 Kehilangan - Allahyarham Mohd Ashraf Hj. Sulaiman
Pada 29hb June 2009, sms yang saya terima dari Tn.Hj.Othman (POTO) amat memeranjatkan sekali dan terus menyebabkan saya merasa teramat sebak dihati ini. Sms yang berbunyi "Mohd Ashraf telah tiada lagi bersama kita didunia ini, beliau telah pergi buat selama-lamanya kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya".
Terus saja saya terbayangkan wajah Ashraf yang comel dan manja walaupun beliau telah berumur 20tahun, kerana wajahnya yang "baby face" dan keramahanya bila berbual dan bertegur sapa dengan rakan jemaah Umrah. Kami menjadi akrab kerana selama 16hari kami menjadi satu keluarga yang besar dibumi Mesir, Madinah dan Mekah. Sebenarnya Ashraf bersama ibubapanya menyertai "tour package" keCairo dan Umrah. Sewaktu pulang ke Malaysia, kami telah singgah diMasjid terapung di Jeddah, dan disitu keluarga Asraf telah mendapat berita yang rumah mereka tinggal di Shah Alam telah musnah terbakar. Berita buruk ini amat mendukacitakan Ashraf dan dia amat sedih kerana banyak barang-barang miliknya musnah.
Ashraf adalah anak tunggal dan penuntut bidang Farmasi di UITM, Shah Alam. Dia merupakan seorang pelajar yang dedikasi dan selalu membuat penyelidikan dan kajian yang mendalam dalam matapelajaranya. Ini diceritakan oleh ibu Ashraf sendiri kepada saya. Sewaktu sarapan pagi di hotael Cairo Khan, saya telah berbual panjang dengan Ashraf mengenai peluang pekerjaan dalam bidang Farmasi. Apabila saya katakan bahawa saya yakin beliau akan menjadi seorang graduan yang berjaya dalam mempelbagaikan produk herba kita seperti Tongkat Ali, kacip fatimah dll sebagi satu jenama yang komersial di dunia satu hari nanti, beliau menjadi sangat teruja sekali dan akan menghubungi saya apabila habis belajar kelak. Saya berjanji denganya akan membantu dia kelak.
Apabila rombongan kami sampai ke Malaysia pada 6Julai, Ashraf telah menghantar sms kepada semua ahli rombongan mengenai keadaan semasa keluarga dan tuntutan insuran hartabenda yang musnah disebabkan kebakaran tersebut. Dia memberitahu tuntutan gantirugi kereta Hondanya telah berjaya diperolehi dan meminta jemaah untuk berdoakan agar beliau dan keluarga beroleh kemudahan dalam membuat segala urusan yang selebihnya.
Namun Allah lebih sayangkan Mohd Ashraf apabila dia mendapat kemalangan jalanrraya semasa memandu kereta bersama ibunya. Mengikut cerita Tn.Hj.Othman, Ashraf tidaklah teruk sangat kecederaan luaran kerana dia masih lagi boleh bercakap selepas kejadian tersebut dibandingkan ibunya yang lebih parah (darah yang keluar dimulut, hidung dan telinga). Namun ajal maut ditangan Tuhan, Ashraf telah meninggal dunia, manakala ibunya masih lagi dirawat di SJMC.
Alangkah besarnya dugaan Allah keatas keluarga Mohd Ashraf, semuga Hj.Sulaiman (Ayah Ashraf) tabah menerima dugaan yang amat besar ini. Saya dan sahabat rombongan Cairo Umrah bersama-sama mendoakan agar Pn. Rohani (ibu Ashraf) kembali sihat dan memberikan ketabahan diri atas segala dugaan ini.
Kehilangan Mohd Ashraf adalah kehilangan yang amat besar, walaupun dia tidaklah se gah Michael Jackson atau orang yang ternama lain, tetapi bagi saya beliau adalah seorang anak yang tersangat baik, pelajar cemerlang, anak muda yang berwawasan, seorang kawan yang suka menolong, seorang remaja lelaki yang ramah, sopan dan baik budi pekerti. Namun semua itu sudah tiada lagi, hilanglah sebutir permata dari insan yang mulia apabila Allah lebih menyayangi Mohd Ashraf dan memanggilnya kembali terlebih dahulu daripada kita.
Bagi keluarga beliau, ianya adalah SATU KEHILANGAN yang termat besar kerana Allahyarham Mohd Ashraf adalah satu-satunya anak mereka dan kini telah TIADA. Bagi negara Malaysia, kita kehilangan satu RAKYAT yang cemerlang yang mungkin boleh menyumbang sesuatu yang berharga. Namun KEHILANGAN ini adalah yang pasti yang tidak dapat diganti bagi keluarga Allahyarham. Ini yang amat menyedihkan.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan hidayah kepada Allayarham Mohd Ashraf agar rohnya bersama dengan orang yang beriman dan beramal soleh, Amin yar rabbul alamin. AL-FATIHAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)