Kueh 1Malaysia - Selamat berpuasa
Tidak lama lagi kita akan berpuasa. Di Kuala Lumpur musim hujan di waktu petang. Orang yang kerja di pusat bandar akan mengeluh kerana jalan sesak. Di tambah lagi jika berlaku kemalangan. Seperti biasa orang Malaysia prihatin, kemalangan dilorong kanan, lorong kiri yang jem giler.
Banyak perkara penting berlaku waktu-waktu begini. H1N1 masih belum terkawal. Angka kematian meningkat saban hari. Menteri kesihatan dan kakikatangan hospital kerja 24jam. Rakyat risau. Pemakaian "mask" di Kuala Lumpur menjad kemestian. Sesiapa yang tidak pakai"mask" memang kebal. Bukan saja penyakit 1Malaysia malah 1Dunia.
Ramai mengambil langkah pencegahan awal. Minum air kelapa rendama kurma. Minum jus oren. Makan 6biji epal hijau. Minum air jintan putih. Apa apa saja petua atau ubat alternatif semua dilakukan. Jadi tidaklah sibuk sangat hospital Sg.Buluh.
Harapan saya dibulan Ramadhan ini, semua umatIslam dapat menjalankan ibadah puasa dan berdoa kesejahteraan sejagat. Sembahyang terawih dan tadarus al-Quran, jangan lupa. Bermacam-macam kueh di pasar Ramadhan. Mungkin kueh 1Malaysia pun akan dijual...tunggu saja.........
No comments:
Post a Comment