KELUARGA ku
Berdiri dari kanan: Anida, Sabri, Ain, Ija, Yati, Faizal.
duduk dikerusi: Ayah dan Emak.
Bersila: Syafiq.
Berdiri dari kanan: Anida, Sabri, Ain, Ija, Yati, Faizal.
duduk dikerusi: Ayah dan Emak.
Bersila: Syafiq.
Aidilfitri kali ini agak meriah berbanding tahun lepas. Ayah semakin sihat dan emak masih cergas seperti selalu. Kakak Yati agak malang sedikit kerana jatuh sakit dan dirawat diKPJ kerana keracunan makanan pada awal puasa. Kakak berazam untuk menaikkan berat badan nya kerana banyak baju kurung yang menjadi longgar gara-gara susut badan. Keluarga adik Sabri semakin ceria apabila anak yang kecil iaitu Ain telah mula petah bercakap. Ain menjadi permata hati seluruh keluarga. Bagi diri saya, tahun ini amat mengembirakan sekali. Saya telah membawa emak dan ayah ke Cairo dan menunaikan Umrah pada bulan Mei. Selepas itu, pada bulan Julai pergi melawat Vietnam dan ber"shopping" sakan disana bersama kakak dan emak.
Ramai sahabat saya juga berjaya. Kawan saya Hjh. Norliya berbangga kerana anak sulungnya telah berjaya melanjutkan perlajaran keMesir dalam bidang perubatan pada bulan Sep ini.
Setiap kali Aidilfitri, kita semua pasti bergembira. Tetapi masih ada yang menangis hiba apabila tahun ini masih ramai yang kehilangan ahli keluarga disebabkan kemalangan jalanraya.
Saya berharap dan memohon kerjasama semua agar lebih berhemah dijalanraya. Jangan memandu mengikut perasaan, mengabaikan keselamatan, cuai dan tergesa-gesa. Amat malang sekali, setiap tahun statistik masih lagi diatas paras 200 kematian, mengambarkan satu bencana alam seperti Tsunami pulak atau ribut taufan seperti di Manila sekarang ini!!!.
Saya berpengalaman memandu diAmerika. Jalanraya sama seperti diMalaysia. Yang berbeza adalah sikap pemandu disana. Mereka amat cermat dijalanraya. Jika ada kemalangan jiwa, kebanyakkan adalah disebabkan pemandu yang mabuk. Tidak seperti diMalaysia, walaupun tidak mabuk tapi kemalangan jiwa yang beraku seolah-olah pemandu yang terlibat sama kategori seperti orang mabuk iaitu hilang pertimbangan. Memotong dengan laju dan mengambil risiko besar dengan harapan sempat masuk sebelum bertembung dengan kenderaan didepan.
Pemandu begini juga melibatkan pihak lain yang berhati-hati dan berhemah. Ramai yang hilang nyawa disebabkan kecuaian orang lain. Amat menyedihkan sekali. Lebih-lebih lagi lori-lori yang besar, MPV yang berkuasa tinggi atau 4WD yang hebat-hebat. Yang menerima padah adalah motosikal kapcai atau moped, atau kereta kecil seperti Kancil, Kelisa dan Myvi atau pun pejalan kaki.
Oleh itu selalulah tanamkan semangat mementingkan keselamatan diri dan keselamatan orang lain. Bertimbang rasa dijalanraya. Sopan santun selalu. Berhati-hati dan ingat orang yang tersayang. Memandu kenderaan adalah aktiviti yang berisiko tinggi. Terdedah dengan keberangkalian kemalangan yang agak tinggi selagi berada didalam kenderaan yang bergerak. Ingat ...... nyawa tiada "spare ", satu nyawa untuk satu kehidupan. Jangan dipersiakan atau ditamatkan di atas jalanraya.
No comments:
Post a Comment