Thursday, September 3, 2009

Samurai Spirit - "kata"- kerja

Teringat semasa bekerja di kilang Jepun dulu. Setiap hari bersama dengan boss berbangsa Jepun. Terdedah dengan semangat dan tingkahlaku positif tahap gaban. Apa saja kerja diberikan, jawapan nya "Hait" (yes) semedang.

Perkataan "Gambarimasu" selalu diucapkan. Bila diberikan tugas mencabar, akan dilaungkan "gambarimasu" bermaksud tidak akan berputus asa, berusaha terus sehingga jaya dalam apa jua rintangan. Memang benar, apabila diucapkan dan tahu apa maksudnya, secara otomatik saya akan rasa semangat yang berkobar-kobar seperti semangat "YAKIN BOLEH".

Perkataan lain yang dilaungkan seperti "isshokenmei yarimasu" bermaksud "I will do my best" digunakan. Diucapkan pada boss bila terima tugas atau apabila membuat komitmen projek dengan rakan kerja.

Perkataan "akiramenai" bermaksud " I can't give-up" membuat saya berusaha terus. Disebut untuk diri sendiri. Melakukan usaha yang berterusan (perseverance) dengan komitmen yang tinggi.

Kesemua ayat diatas amat tebal dihati saya. Jika saya terasa malas atau tiada mood untuk berfikir lagi, saya akan laungkan ayat diatas. Kadang-kadang, saya ucapkan dalam prasa sempoi, "tak buat tak siap"....so buat jer !!!!

Saya suka ayat "usaha pasti jaya". Selalu terdapat dilencana sekolah. Buat apa saja kerja, buatlah dengan bersungguh-sungguh. Andai kata ianya gagal, itu hanya sementara. Gagal adalah sifat sementara, Berjaya pula bersifat kekal. Oleh itu setiap kerja yang dilakukan adalah bersifat "gagal" sehinggalah ianya habis dibuat iaitu berjaya dilaksanakan.

Sifat yang paling saya takuti adalah sifat "suka bertangguh". Sifat ini amat leceh sekali. Jika terlalu banyak kerja yang tertangguh, makin lama ianya menyebabkan kita menjadi semakin 'malas' dan akhirnya jadi seperti 'bebal'. Sifat ini bukanlah bermaksud kita tidak tahu apa yang perlu dibuat, tapi kita tiba-tiba menjadi 'malas' untuk melakukannya. Lantas kerja itu menjadi terbengkalai. Dan jadilahlah kita manusia gagal. Bila kita tahu kita jadi gagal, kita akan terasa seperti jadi bodoh pulak....dan perasaan begini adalah satu penyakit phsycology (jiwa) yang jika tak diubat, lama-lama kita jadi manusia "hampeh".

Kita menentukan siapa diri kita. Lihat diri kita dicermin. Diluar badan, pamirkan senyuman. Didalam badan, teguhkan iman. Berbaik sangka terhadap siapa saja. Baik itu berpada-pada. Jahat jangan sekali.

Hidup didunia adalah satu permainan "PILIHAN". Kita bermain dipadang "choices". Buat pilihan yang baik. Pilihan yang berbagai-bagai, seperti pilihan kueh-mueh dipasar ramadhan. Tepuk dada, tanya selera. Tepuk dahi tanya hati. Terpulang ...... pilihan ditangan kita.

Kadang-kadang pilihan kita seolah-olah telah ditakdirkan. Seperti AJAL dan MAUT. Terimalah "qadha' dan qhadar" apabila telah berusaha dan membuat pilihan. Semuanya di tentukan oleh ALLAH swt.

Selamat bertarawih....

No comments:

Post a Comment