Monday, December 14, 2009

LAWATAN KE PADANG PENUH KEINSAFAN

Pada tanggal 10 Dis hingga ke 13 Dis, saya bersama-sama kakak, emak dan ayah telah pulang ke Padang. Kami pergi ke kampung ayah di Sungai Sarik, Pariaman untuk mengadakan majlis kenduri doa tahlil. Pada asalnya ayah ingin melakukan upacara korban hariraya disana, namun oleh kerana gempa, hasrat ayah terbatal. Kerja-kerja memasak dilakukan dalam masa 2jam sahaja berkat gotongroyong saudara-mara. Dengan lauk-pauk rendang, asam pedas, ayam goreng samba lado, gulai nangka dan ulam-ulaman,semuanya sedap-sedap bealka. Berselera melihat saudara mara makan.

Selapas bencana gempa yang berlaku pada bulan September lepas, kehidupan di kampung amat perit. Masih terdapat penduduk yang tinggal dikhemah sementara. Tetapi khemah tersebut sudah di"upgrade'kan dengan berbumbungkan zing. Rumah asal masih lagi runtuh atau rosak teruk. Ada yang senget, ada yang retak teruk dan ditupang dengan buluh. Kadang-kadang kelihatan elok diluar, tapi didalam sudah bertaburan siling dan lantai. Belum ada tanda-tanda bantuan kerajaan di huurkan. Rata-rata menunggu sahaja. Katanya bantuan Rp20juta (RM5ribu) bagi setiap mangsa yang rumahnya hancur total atau 80% hancur.

Di Kota Padang, saya lihat Hotel Ambacang masih lagi begitu. Tiada usaha dilakukan. Kawasan dipagar zing. Diwaktu malam, jam 9;30 pm bandar sudah sepi. Penduduk tidak lagi libur dijalan-jalan. Ada cerita hantu tanpa tangan atau kaki berkeliaran di kawasan runtuhan. Kemungkinan benar. Kerana banyak jasad yang tidak ketemu. Ada cerita mengatakan seorang drebar angkot-angkot ( bas kecil) mengambil ramai passenger dari hotel Ambacang yang merupakan anak-anak muda berpasangan, dan passenger2 tersebut lantas mengatakan dimanakah tangan mereka apabila ingin membayar tambang. "Passenger" tersebut hilang entah kemana.

Manakala ketika kami pergi melihat kawasan dimana 3buah kampung lenyap ditelan bumi, iaitu di Gunung 3, keadaan seperti baru sebentar saja gempa berlaku. Kerana kawasan tersebut masih begitu sahaja (seperti di youtube yang saya lihat). Masih kelihatan atap rumah yang tertelan bumi dan pokok-pokok kelapa yang tercabut dan bersepah-sepah dikawasan tersebut. Sanak saudara yang tinggal hidup menceritakan detik-detik pilu kejadian tersebut kepada kami. Rata-rata mengatakan seperti kiamat kecil tatkala kejadian itu berlaku. Ada yang kehilangan bapa, suami, anak dan saudara dekat. Dengan rasa belas, saya hulurkan sedikit wang Rp150ribu rupiah (RM60) untuk nenek yang tua, balu dan anak-anak kecil. Tidak besar, tetapi itu saja yang ada. Sedikit rezeki buat mereka.

Dari cerita yang didengar, walaupun agak mistik tapi saya rasa tidak salah untuk menjadi pedoman dan pengajaran. Kejadian 3 buah kampung yang ditelan bumi, seolah-olah pembalasan atas kealpaan umat manusia untuk meingati dan mantaati Allah SWT. Cerita yang didengar bahawa majlis kenduri tersebut dipenuhi dengan maksiat dimana apabila acara muzik pada sebelah malam penduduk wanita akan menari hanya dengan kutang dan celana kecil sahaja. Mereka akan bertukar-tukar pasangan. Subhanallah jika ianya benar. Manakala jika dikota Padang pula, seolah-olah gempa tersebut memilih milih bangunan mana yang harus runtuh.

Masih terbayang lagi keadaan disana. Jika dibandingkan dengan filem 2012, keadaan gempa diPadang adalah mirip sekali...cuma sekala yang kecil. Walaubagaimana pun, kiamat pasti berlaku. Kita tidak tahu bila. Pucuk pangkalnya, kita mestilah mengingati Allah SWT dan tidak berbuat maksiat. Semuga kita dapat menghadapi saat kemusnahan alam dengan tenang dan pasrah. Wallahualam.