Thursday, October 29, 2009

Tidak tahu bersyukur.

Kita mestilah selalu bersyukur dengan pemberiaan Tuhan kepada kita. Pemberiaan tersebut tidaklah datang terus dari Tuhan kepada kita, tetapi ianya datang melalui perantaraan. Mungkin dalam masa kita susah tiada duit, tiba-tiba terserempak kawan lama, dan kawan itu mengajak kita berbual direstoran dan membayar harga makanan, inilah yang dikatakan rezeki dan kita sepatutnya bersyukur.

Andaikata kita bekerja, setiap bulan boss akan berikan gaji. Kita sepatutnya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada boss. Adakah anda mengucapkan terima kasih setiap hujung bulan kepada boss anda? Jawapan nya...tidak. Kerana kita fikir sepatutnya boss yang berterima kasih pada kita sebab kita dah pun bekerja kuat. Tetapi adakah kita benar-benar bekerja kuat dan tidak membazir waktu bekerja dengan berborak, atau menggunakan harta syarikat seperti komputer untuk 'surfing' internet, atau menggunakan photocopier untuk membuat salinan kertas soalan anak atau salinan resepi kueh. Tidak bukan?

Sekarang saya sedar, bahawa bilamana pekerja kita yang mempunyai masaalah ditempat kerja seperti tidak amanah, berdendam, cuai, lambat datang, sengaja melambat-lambatkan kerja, mereka ini adalah pekerja yang tidak tahu bersyukur dan yang tidak pernah berterima kasih pada syarikat atau boss, malah mereka mempertikaikan apakah yang mereka dapat apabila sudah bertahun2 kerja dengan syarikat. Mereka lupa bahawa mereka telah mendapat rezeki setiap bulan, dan rezeki itu adalah dari syarikat.

Mereka ini memang tidak sedar diri, dan masih lagi "berpura-pura" bekerja, tetapi hakikatnya menjahanamkan syarikat dan menyuntik gejala tidak sihat dikalangan pekerja lain. Sebaiknya, pekerja begini, diberhentikan apabila tidak "performed". Inilah jalan yang sebaik-baiknya.

Friday, October 23, 2009

Bajet 2010 & iPhone

Bajet 2010 yang mengembirakan saya adalah perlepasan cukai diri sendiri dari RM8000 ke RM9000. Insuran pun pelepasan naik lagi RM1000, manakala kadar cukai dari 27% ke 26%. Malangnya saya sudah tidak kerja makan gaji, tetapi memberi gaji.

Yang bagusnya penggunakan jalurlebar akan diberikan pelepasan cukai. Saya sedang berkira-kira bagaimana hendak menafaatkan sehabis maksimum kategori ini. Nak tukar handphone ke iphone 3G Apple salah satu perancangan.

Mula membuat bajet syarikat dan bajet sendiri pula.

Thursday, October 22, 2009

"Kuning" my cat died

Today my cat died due to the injury on "her" foot. She suffered about a week with a non stop bleeding due to the infection on the wound itself. Feel pity on her condition, but it is nothing much I can do. She is too weak and everyone knows that she won't survived.

Anyway, mom never give-up. She bathed "Kuning" everyday and applied medicated oil to the wound. Mom talked to "Kuning" at every mealtime. My mom said that 'she' is a good cat but a little bit naughty and stubborn. She never listen!! my mom always said to 'her' to stay indoor and don't mix with a stray cat outside. But, "Kuning" never listen. Mom told me that the wound "she" got, it was from a fight with other cat and "she" might step on the sharp object during that event.

Yesterday evening, was my last visit on her. Kuning did 'meow' to me a few times when I "talked" to her. I can feel that she said sorry and seek a forgiveness from me. And I told her that"she" will be alright, eventhough I know it was not true. And today afternoon, I bought her a fresh cat food. I requested mom to feed "her" before I returned to office. At 7:30pm, I reached home and Along told me "kuning" already died. She never touched "her" dinner.

Everyone cried. We buried 'her' body under the rambutan tree, same place for all of our cats before her. And at that momment, everyone agreed not to have a new cat as a pet anymore. Because the sadness to loss a pet is too painful to everyone. But, it is not too long...and I am sure, sooner or later it will be a new kitten at home.

Wednesday, October 14, 2009

Malaysian Industries

Saya membaca blog Tun Dr. Mahathir hari ini. Saya bersetuju dengan semua yang ditulis. Jika benar sekali pun barangan Malaysia kurang bermutu, tetapi jika tidak diberikan peluang untuk dipasarkan bagaimanakah kualiti itu dapat diperbaiki. Tidak semua barangan import itu baik. Yang lebih teruk lagi barangan import tiruan. Harga mahal tapi kualiti mengecewakan.

Jika kerajaan Malaysia lebih telus dan bersungguh untuk menolong rakyat, lebih baik kerajaan menolong industri Malaysia sendiri. Jika diambil contoh syarikat saya sendiri yang bersungguh untuk membuat barangan tempatan dengan mengambil kira memberikan peluang pekerjaan kepada graduan kelak, tetapi jika projek saya tidak disokong dan diluluskan, maka peluaang pekerjaaan untuk graduan juga hilang.

Kadang-kala, kita sendiri antara sedar tidak sedar memperlekehkan barangan buatan Malaysia. Kata seperti "ala barang local, cam ni la" atau "mesti local made punye ni..hampeh". Saya cuba untuk memperbaiki persepsi ini. Yang agak berat untuk berubah pada diri saya adalah pelanggan tetap McD. Bukan apa, cepat, bersih dan mudah didapati bila terlalu lapar.

MALAYSIAN%20INDUSTRIES

Shared via AddThis

Tuesday, October 13, 2009

Ain's birthday 10Oct2009


Lama sungguh tak menulis blog. Banyak aktiviti rumah terbuka sana-sini. Diakhiri dengan mengadakan majlis doa selamat, hariraya dan juga sambutan harijadi Ain pada Ahad lepas 11Okt2009. dirumah emak di Cheras. Ain genap 3tahun. Alhamdulillah sudah petah becakap, menyanyi lagu twinkle2 little star, mengenali dan memanggil semua ahli keluarga dirumah. Ain juga mempunyai favorite kartun terutama Tom & Jerry, Upin Ipin, Doraemon dan yang terbaru DORA the explorer. Melihat kanak-kanak membesar didepan mata amatlah menghiburkan.

Sunday, October 4, 2009

GEMPA BUMI DIPADANG - updates

Alhamdulillah saudara-mara di Parek Laweh, Kota Padang selamat dari bencana. Namun saudara mara di kampung Sungai Sariek, Pariaman tidak dapat dihubungi sampai kini. Daripada kak Wirda (diKota Padang) kami diberitahu bazar dimana kami membeli keripik belado, jeans, dan ole-ole ranap sama sekali.

Oleh kerana terlalu kerap pergi kePadang, kebanyakkan Hotel yang kami singgah menjadi tanda tanya. Hotel Depo yang pernah kami bermalam juga telah runtuh menyembah bumi. Hotel Ambacang yang terletak di kawasan "kibang" runtuh teruk. Hotel Bumi Minang juga runtuh habis. Hotel Pengeran masih utuh lagi, kami pernah menginap disana dua kali. Hotel Hang Tuah (Hotel favourite keluarga saya) di persimpangan jalan masih selamat.

Tidak boleh dibayangkan jika kami berada di situ di saat bencana berlaku. Alhamdulillah syukur, namun kami tetap menginsafi dan mengambil iktibar atas semua kejadian itu. Rancangan untuk berhariraya Korban di Padang terpaksa di batalkan.

Setiap hari Ayah mengikuti perkembangan di Padang. Kemungkinan kami akan balik juga tetapi setelah keadaan agak selamat untuk melihat dan memberikan sedikit bantuan yang mampu. Tetapi disaat ini, cuma doa yang kami titipkan agar seluruh warga Padang khasnya diringankan beban dan selamat hendaknya. Amin.