Monday, November 23, 2009

Hajat tak kesampaian untuk mengerjakan haji

Kesihan mendengarkan berita seramai 30bakal haji yang tidak dapt menunaikan haji kerana tiada lagi tempat duduk penerbangan. Alahai, jika dibenarkan bediri seperti dalam bas, tentu mereka sanggup. Alangkah kecewa dan sedihnya perasaan masing-masing. Duit sudah pun dibayar dan persiapan telah lama dibuat. Tup tup tiada "seat". Fikirkanlah jika ianya melibatkan saudara atau ahli keluarga kita.

Memanglah tabung haji menguruskan semua jemaah haji Malaysia. Tetapi mengapakah syarikat yang dilantik oleh Tabung Haji ini gagal ntuk melaksanakan amanah yang telah diberikan. Setiap tahun, penduduk Malaysia akan pergi keMekah. Dan kisah begini masih lagi terjadi. Apakah Tabung Haji berdiam diri sahaja?

Mungkin sudah sampai untuk kita mencari jalan alternatif yang lain. Tabung Haji perlu ada saingan supaya ia menjadi yang terbaik. Seperti MAS , dulu ianya merupakan satu-satunya (monopoli) syarikat penerbangan yang ada. Kita terpaksa naik MAS walaupun perkhidmatan dan tambangnya mahal, sebab tak ada pilihan. Sesudah adanya AIRASIA, barulah MAS kelam kabut memperbaiki perkhidmatan mereka dan memperbanyakan promosi tambang murah. Oleh kerana jenama MAS yang 'mahal', maka ujud lah pula FIREFLY (anak syarikat MAS jugak) satu jenama baru yang ala ala AIRASIA. Dan kini kita ada 3syarikat penerbangan yang boleh kita piih.

Selalunya orang akan cari AIRASIA dulu, lepas tu FIREFLY dan barulah MAS. Jadi disini persaingan yang ujud diantara 3 syarikat memberikan keuntungan pada rakyat untuk memilih. Dan boleh dikatakan "everyone can fly now" tagline syarikat AIRASIA lah yang paling popular atau yang terbaik.

Jadi, berbalik kepada Tabung Haji punya hal tadi. Sekarang ini tiada saingan buat mereka. Seolah-olah mereka berlari sendirian, sememangnya mereka menjadi nombor 1 atau yang terbaik sebab berlari sorang-sorang. Cuba kita letakkan atau tubuhkan satu lagi syarikat yang menguruskan jemaah haji untuk menjadi saingan Tabung Haji, saya rasa tentulah perlumbaan untuk menjadi yang terbaik atau nombor satu itu lebih mencabar dan menarik.

Idea Prof. Diraja E.Aziz untuk menubuhkan Tabung Haji adalah semata-mata untuk menguruskan rakyat Malaysia bagi mengerjakan haji. Ini adalah "priority atau prime responsibility" bagi Tabung Haji. Jika sampai kesaat ini 2009, masih ada lagi jemaah yang tercicir, kecewa, atau tertipu untuk mengerjakan haji, alangkah buruknya prestasi Tabung Haji. Ini, berkemungkinan pihak Tabung Haji sekarang ini sibuk pula menjalankan bisnes hartanah atau melaburkan duit jemaah haji kebidang lain. Maka tumpuan atau fokus utama mereka iaitu mempastikan penyimpan tabung haji untuk mengerjakan haji telah jatuh ketempat terkebawah.

Saya fikir sebaik-baiknya kerajaan Malaysia menimbangkan semula untuk membenarkan KWSP menguruskan dana penyimpan untuk meletakkan sedikit bahagian simpanan bagi pekerja beragama Islam untuk menggunakan simpanan mereka bagi tujuan mengerjakan haji. Sebelum mereka pencen, pada usia 50tahun, mereka dibenarkan mengeluarkan simpanan bagi keperluan mengerjakan haji. Maka rukun Islam yang kelima terlaksana sebelum mereka pencen. Giliran untuk mereka mengerjakan haji telah diketahui awal-awal lagi. Jemaah haji Malaysia akan menjadi jemaah yang bertenaga dan kuat ketika berada ditanah suci. Kuranglah perbelanjaan kesihatan atau lain-lain kos yang berhubung kait denga faktor usia. Rata-rata jemaah haji Malaysia berusia 50 ~ 55 tahun.

Jika difikirkan, memastikan rakyat Malaysia mengerjakan haji adalah satu usaha yang amat baik dan mulia disisi Allah SWT. Mengapakah pihak-pihak ulama dan ahli fikir Islam tidak memikirkan perkara ini. Yang disibukkan adalah isu-isu remeh yang tidak menyeluruh seperti hukum rotan, Dr.Asri, Tok Nik......

Fikir-fikirlah....

Thursday, November 5, 2009

Kerja kat rumah - Syabas Dato' Shaziman

Dah lama aku berangan nak kerja kat rumah ajer. Gaji dibayar oleh company. Memang lagi produktif, sebab masa aku Engineer kat Hitachi, memang banyak lukisan kejuruteraan yang perlu dibuat. Syok giler kalau dapat macam tu. Yelah, aku bayangkan aku akan buat air oren, makan kacang, makan coklat sambil menyiapkan drawing. Sambil-sambil tu aku dengar muzik slow rock sentimental. Wow, alangkah bahagianyer.

Tapi tak sorang pun menteri yang perihatin masa tu. Tup tup , hari ni didada akhbar Utusan Malaysia, Dato Shaziman announced yang draftperson JKR akan mulai bekerja dirumah pada Januari 2010. Win-win condition katanya. Pekerja tak perlu fikirkan pasal toll, minyak kereta, orang jaga anak, belanja teatime, lunch dan coffee break, juga jangan lupa tak payah nak bergaya melaram sakan keofis. Kalau perempuan tu, kira-kiranya budget beli pakaian baru, beg tangan, kasut dan alat mekap kira dah save banyak tuh. Beruntung dan senyum melebarlah 35 orang yang terpilih untuk pilot project ini. Aku tumpang gumbira. Lagipun aku dah pun "selalu" dirumah sekarang ni, tapi tarak gajila..dah VSS. Leceh betui.

Diharapkan banyak kementerian lain yang akan mengikut jejak langkah Dato' Shaziman ni. Tapi yang pasti cikgu-cikgu tak boleh buat kerja kat rumah la, takkan murid-muraid datang kat rumah cikgu nak belajar matematik pulak. Tak leh nak dibayangkan kalau doktor pun buat kerja kat rumah, mesti pesakit kena tunggu kat ruang dapur dan sambil-sambil tu buat macam rumah sendiri pulak, siap bancuh kopi lagi.

Walau bagaimana pun, aku rasa kerja yang boleh dibuat kat rumah ni amat sesuai untuk pekerja perempuan. Sebab-sebabnya:-
1) Disiplin tinggi, jujur dalam tugas.
2) Boleh tengok anak-anak.
3) Basuh kain waktu minum pagi.
4) Masak waktu lunch.
5) Lipat kain atau main ngan anak waktu minum petang.

Kalau pekerja lelaki, agak bimbang sebab-sebabnya:-
1) Disiplin kureng, kat ofis pun selalu hilang, inikan kat rumah.
2) Sure tidor kat sofa, komputer tengok dia.
3) Boleh bermesra dengan pembantu rumah.
4) Tengok Astro, main sms...silap2 gi tengok wayang kat Mall.

Jadi kena ada satu sistem pemantauan jika nak dilaksanakan. Seperti CCTV kat rumah di bahagian workstation. Boss kat ofis boleh tengok dari internet kerja atau tak kerja. Banyak lagi nak aku share. tapi cukuplah buat kali ini.

Monday, November 2, 2009

Musim peperiksaan- Good luck Rafi, Afiq & Adam

Sekarang minggu peperiksaan bagi sekolah rendah dan menengah. Anak-anak kurang kelihatan di Mall dan di taman permainan. Masing-masing membaca buku dirumah. Mak Ayah membuat undang-undang kecil yang baru, mengulang kaji pelajaran mengikut susunan jadual peperiksaan. Kesihan budak-budak dibawah umur 12 tahun, sudah merasai tekanan dan himpitan perasaan. Setiap ibubapa mahukan anak mereka nombor 1 dalam kelas. Nombor 1 cuma seorang saja yang bakal mendudukinya, bertoleransilah sedikit.

Buatlah target yang lebih bermakna atau praktikal. Jadikan sasaran setiap subjek mendapat 95 markah daripada 100 atau gred A. Ini lebih bagus dan anak-anak tentu faham bahawa untuk mendapat 95 keatas kuotanya tidak terbatas.

Yang terbaik tetap terbaik dan tidak boleh diukur secara digital 1 atau 0. Jadilah manusia yang "ANALOG" agar pencapaian dapat diukur dengan julat yang besar dan berunsurkan KASIH SAYANG.

Jangan bunuh jiwa yang lembut dengan sasaran yang tidak praktikal..mesti nak nombor 1. walaupun dulunya ibubapa sendiri pun nombor 1 dari belakang.....