Wednesday, September 30, 2009

Padang gempa bumi

http://www.youtube.com/watch?v=Jnr9Mcg_jIo

Diharap sanak saudara yang berada di Padang dan di Pariaman selamat hendaknya. Rencana untuk balik kekampung mungkin terpaksa dibatalkan kerana keadaan yang darurat.

Tuesday, September 29, 2009

Rumah terbuka 11Oct 09 dan ISA.

Sedang sibuk buat rancangan rumah terbuka pada 11Okt09. Insyaalah. Tadi beli pinggan, gelas, tisu, sudu garfu. Semua pakai buang. Beli beg sampah X-large. Senang dan bersih, lepas makan campak dalam plastik hitam.

Hari ini diumumkaan Isa Samad sebagai calon BN. Sedikit rasa kurang setuju. Atas dasar populariti seperti dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin. BN hendakkan kemenangan. Bagi saya, berilah peluang muka baru. Ramai ahli UMNO yang muda dan professional sekarang ini. Jika persoalannya, calon baru orang tak kenal, maka BN kenalah buat sesuatu.

Isa Samad ramai penyokong, tetapi adakah dia mampu memberikan idea baru, memperkenal cara baru dan di'hormati' oleh generasi baru@muda. Alahai...saya fikir 'orang lama' macam IS ini sepatutnya melatih atau menurunkan ilmu pada golongan muda. Memberi sokongan dan kepercayaan pada golongan muda. Mungkin kerana saya tidak tinggal dikawasan IS, maka pemahamam saya mengenai "penyokong-penyokong" beliau agak negatif. Curiga adakah penyokong atau kroni atau orang yang "dibeli". Melihat IS didokong dan diarak oleh "kaki ampu" dimuka akhbar, saya rasa menyampah. Masih cara lama lagi !!!!!.

Sebaiknya, dia sudah ada pengganti atau orang kepercayaan yang di didik sejak dulu lagi. Lama jugak jadi Menteri Besar dan MT. Ikutlah seperti Nabi Muhammad SAW, dia telah mendidik para sahabat beliau semasa memerintah. Dan apabila beliau wafat, pemerintahan dijalankan oleh para sahabat Nabi seperti Abu Bakar. Othman dan Ali. Sokongan rakyat senang diperolehi.

Kenapakah cara demikian tidak diteladani oleh pemimpin-pemimpin sekarang? Memang unsur kroni dan wang masih berleluasa. Insaflah.

Say YES to NGV

Masih ramai lagi yang agak was-was untuk memasang sistem NGV di kenderaan masing-masing. Mungkin harga minyak petrol RON 95 yang lebih murah dan berkualiti telah diperkenalkan sejak bulan September lepas. Walau bagaimana pun, saya merasakan memasang NGV lebih ekonomikal dan mesra alam. Saya adalah pengguna NGV sejak bulan Jun lepas.

(1) Harga lebih murah , sekitar 60% murah berbanding petrol.
(2) Mesra alam, kurang asap hitam.
(3) Penjimatan belanja petrol bulanan.
(4) Pulangan modal yang cepat.

Saya berulang alik dari Bt9 Cheras ke Bandar Baru Bangi setiap hari. Jarak 40km.
(1) Bayar Tol sehari RM3.80. Sebulan RM98.80
(2) Guna petrol sehari RM12 utk 40km. Sebulan RM312.00
(3) Jika guna NGV, dengan RM10 bagi tangki 72liter, dapat 150km ~ 170km.
(4) Jadi dalam sebulan (26hari), guna NGV saya belanja RM62 sahaja.
(5) Saya berjimat sebanyak RM250 sebulan.
(6) Kalau setahun saya jimat RM3,000.

Itu baru pergi kerja saja, tidak termasuk jika dikira pergi Tesco, Giant, Carefour dan Mydin setiap minggu disekitar Lembah Klang. Lebih-lebih lagi musim perayaan seperti menghadiri rumah terbuka disana sini.

Saya memasang sistem NGV sejak 3bulan lalu dengan modal RM5,200 di Honda CRV. Mengikut pengiraan dibawah, saya akan dapat pulangan modal dalam masa 9bulan, jika saya memandu 3000km sebulan. Berbaloi kan.......

Saving Calculation: Petrol vs NGV

















RM






Petrol price per litre 1.80 as at 7th.Jan 2009



NGV price per litre 0.68













Average cost (RM/km)







Engine Capacity Petrol NGV





1.0 cc ~ 1.5cc 0.15 0.05





1.6 cc ~ 1.8cc 0.18 0.07





2.0 cc above 0.30 0.10















Total Milage permonth 3000 km















Total Expenses (RM)


Total saving (RM)
Engine Capacity Petrol NGV
permonth 12 24 36 48
1.0 cc ~ 1.5cc 450 150
300 3600 7200 10800 14400
1.6 cc ~ 1.8cc 540 210
330 3960 7920 11880 15840
2.0 cc above 900 300
600 7200 14400 21600 28800


Puas sungguh hati saya. Dulu isi petrol , koman-koman RM30, itupun naik setakuk saja. Periksa dompet duit kalau nak singgah stesen minyak, tak de note RM50 , jangan nak isi minyak. Setakat RM10 lupakan saja, tekanan angin permulaan pun dah RM5 belum lagi minyak yang masuk.

Stesen NGV di Bandar Baru Bangi saja ada 2buah daan tidak perlu beratur panjang. Di Batu 9 ada satu stesen NGV, pun kurang pelanggan. Jadi ianya satu kemudahan dan subsidi dari Petronas yang tidak boleh dibazirkan begitu sahaja. Isi NGV gas pakai duit singgit-singgit ajer.
Isi pun PENUH tangki.

Jadi, apalagi pasanglah sistem NGV untuk satu langkah penjimatan yang besar. Tetapi perlu diingat buatlah pemasangan dibengkel yang diSAHkan oleh JPJ. Gunakan tangki gas (silinder) yang mendapat pengiktirafan ISO. Kalau boleh jangan guna tangki gas buatan "made in China".

Monday, September 28, 2009

1Hari di Hariraya & Kehilangan Jiwa.


KELUARGA ku
Berdiri dari kanan: Anida, Sabri, Ain, Ija, Yati, Faizal.

duduk dikerusi: Ayah dan Emak.
Bersila: Syafiq.

Aidilfitri kali ini agak meriah berbanding tahun lepas. Ayah semakin sihat dan emak masih cergas seperti selalu. Kakak Yati agak malang sedikit kerana jatuh sakit dan dirawat diKPJ kerana keracunan makanan pada awal puasa. Kakak berazam untuk menaikkan berat badan nya kerana banyak baju kurung yang menjadi longgar gara-gara susut badan. Keluarga adik Sabri semakin ceria apabila anak yang kecil iaitu Ain telah mula petah bercakap. Ain menjadi permata hati seluruh keluarga. Bagi diri saya, tahun ini amat mengembirakan sekali. Saya telah membawa emak dan ayah ke Cairo dan menunaikan Umrah pada bulan Mei. Selepas itu, pada bulan Julai pergi melawat Vietnam dan ber"shopping" sakan disana bersama kakak dan emak.

Ramai sahabat saya juga berjaya. Kawan saya Hjh. Norliya berbangga kerana anak sulungnya telah berjaya melanjutkan perlajaran keMesir dalam bidang perubatan pada bulan Sep ini.
Setiap kali Aidilfitri, kita semua pasti bergembira. Tetapi masih ada yang menangis hiba apabila tahun ini masih ramai yang kehilangan ahli keluarga disebabkan kemalangan jalanraya.

Saya berharap dan memohon kerjasama semua agar lebih berhemah dijalanraya. Jangan memandu mengikut perasaan, mengabaikan keselamatan, cuai dan tergesa-gesa. Amat malang sekali, setiap tahun statistik masih lagi diatas paras 200 kematian, mengambarkan satu bencana alam seperti Tsunami pulak atau ribut taufan seperti di Manila sekarang ini!!!.

Saya berpengalaman memandu diAmerika. Jalanraya sama seperti diMalaysia. Yang berbeza adalah sikap pemandu disana. Mereka amat cermat dijalanraya. Jika ada kemalangan jiwa, kebanyakkan adalah disebabkan pemandu yang mabuk. Tidak seperti diMalaysia, walaupun tidak mabuk tapi kemalangan jiwa yang beraku seolah-olah pemandu yang terlibat sama kategori seperti orang mabuk iaitu hilang pertimbangan. Memotong dengan laju dan mengambil risiko besar dengan harapan sempat masuk sebelum bertembung dengan kenderaan didepan.

Pemandu begini juga melibatkan pihak lain yang berhati-hati dan berhemah. Ramai yang hilang nyawa disebabkan kecuaian orang lain. Amat menyedihkan sekali. Lebih-lebih lagi lori-lori yang besar, MPV yang berkuasa tinggi atau 4WD yang hebat-hebat. Yang menerima padah adalah motosikal kapcai atau moped, atau kereta kecil seperti Kancil, Kelisa dan Myvi atau pun pejalan kaki.

Oleh itu selalulah tanamkan semangat mementingkan keselamatan diri dan keselamatan orang lain. Bertimbang rasa dijalanraya. Sopan santun selalu. Berhati-hati dan ingat orang yang tersayang. Memandu kenderaan adalah aktiviti yang berisiko tinggi. Terdedah dengan keberangkalian kemalangan yang agak tinggi selagi berada didalam kenderaan yang bergerak. Ingat ...... nyawa tiada "spare ", satu nyawa untuk satu kehidupan. Jangan dipersiakan atau ditamatkan di atas jalanraya.

Thursday, September 3, 2009

Samurai Spirit - "kata"- kerja

Teringat semasa bekerja di kilang Jepun dulu. Setiap hari bersama dengan boss berbangsa Jepun. Terdedah dengan semangat dan tingkahlaku positif tahap gaban. Apa saja kerja diberikan, jawapan nya "Hait" (yes) semedang.

Perkataan "Gambarimasu" selalu diucapkan. Bila diberikan tugas mencabar, akan dilaungkan "gambarimasu" bermaksud tidak akan berputus asa, berusaha terus sehingga jaya dalam apa jua rintangan. Memang benar, apabila diucapkan dan tahu apa maksudnya, secara otomatik saya akan rasa semangat yang berkobar-kobar seperti semangat "YAKIN BOLEH".

Perkataan lain yang dilaungkan seperti "isshokenmei yarimasu" bermaksud "I will do my best" digunakan. Diucapkan pada boss bila terima tugas atau apabila membuat komitmen projek dengan rakan kerja.

Perkataan "akiramenai" bermaksud " I can't give-up" membuat saya berusaha terus. Disebut untuk diri sendiri. Melakukan usaha yang berterusan (perseverance) dengan komitmen yang tinggi.

Kesemua ayat diatas amat tebal dihati saya. Jika saya terasa malas atau tiada mood untuk berfikir lagi, saya akan laungkan ayat diatas. Kadang-kadang, saya ucapkan dalam prasa sempoi, "tak buat tak siap"....so buat jer !!!!

Saya suka ayat "usaha pasti jaya". Selalu terdapat dilencana sekolah. Buat apa saja kerja, buatlah dengan bersungguh-sungguh. Andai kata ianya gagal, itu hanya sementara. Gagal adalah sifat sementara, Berjaya pula bersifat kekal. Oleh itu setiap kerja yang dilakukan adalah bersifat "gagal" sehinggalah ianya habis dibuat iaitu berjaya dilaksanakan.

Sifat yang paling saya takuti adalah sifat "suka bertangguh". Sifat ini amat leceh sekali. Jika terlalu banyak kerja yang tertangguh, makin lama ianya menyebabkan kita menjadi semakin 'malas' dan akhirnya jadi seperti 'bebal'. Sifat ini bukanlah bermaksud kita tidak tahu apa yang perlu dibuat, tapi kita tiba-tiba menjadi 'malas' untuk melakukannya. Lantas kerja itu menjadi terbengkalai. Dan jadilahlah kita manusia gagal. Bila kita tahu kita jadi gagal, kita akan terasa seperti jadi bodoh pulak....dan perasaan begini adalah satu penyakit phsycology (jiwa) yang jika tak diubat, lama-lama kita jadi manusia "hampeh".

Kita menentukan siapa diri kita. Lihat diri kita dicermin. Diluar badan, pamirkan senyuman. Didalam badan, teguhkan iman. Berbaik sangka terhadap siapa saja. Baik itu berpada-pada. Jahat jangan sekali.

Hidup didunia adalah satu permainan "PILIHAN". Kita bermain dipadang "choices". Buat pilihan yang baik. Pilihan yang berbagai-bagai, seperti pilihan kueh-mueh dipasar ramadhan. Tepuk dada, tanya selera. Tepuk dahi tanya hati. Terpulang ...... pilihan ditangan kita.

Kadang-kadang pilihan kita seolah-olah telah ditakdirkan. Seperti AJAL dan MAUT. Terimalah "qadha' dan qhadar" apabila telah berusaha dan membuat pilihan. Semuanya di tentukan oleh ALLAH swt.

Selamat bertarawih....