Tuesday, February 23, 2010

"Rumah" baru - wallpaper

Thanks to Miza for upgrading my blog. Indeed she got similar taste with me. I like this background. Green is one of my favorite color beside blue. Green is one of heaven color (if not mistaken). So, Miza now is not only master of M A N I K but also sifu of BLOG INTERIOR DESIGNER. Remember do not to spend much times on blog , you will becomes GOBLOK.

As above as an example a little girl who is addicted to swimming and surfing, being practise before actual doing in swimming pool. Eventhough on dry land, the life jacket is mandatory....
This photo does not related on the above article. Kid just a kid.

Monday, February 22, 2010

My little DRAGON - A d a m

Semalam genaplah umur cucuku ADAM 2tahun. Banyak gelaran diberikan sejajar dengan keletahnya. Baru-baru ini aku memanggilnya "my little dragon". why?? that day he was crying and hunger for milk, since we were driving, thus his mommy not able to prepare his bottle of milk. He insisted to have the eveready one, ie from Mommy ni***e. My daughter said "no no" , since one incident ADAM bit the ni***e while sucking for milk. Then, I jokingly said, "Adam dah jadi naga dah, gigi dah banyak takkan nak menetek lagi.".. and this saying becomes his nickname................ ..... my L I T T L E DRAGON.

Sunday, February 21, 2010

Teluk Cempedak


Lama sungguh aku tidak ke Teluk Cempedak, Kuantan Pahang. Pantainya yang putih dan bersih Namun ombaknya terlampau kuat dan agak merbahaya. Namun demikian aku amat gembira ketika berada disana walaupun hanya sebentar cuma.

Miza-Manik dan Ain-Adam

Seronok jugak dengan tajuk diatas. Sebut Miza aku teringat Manik. Sebut Ain aku teringat Adam. Mereka2 inilah yang mengisi waktu santaiku. Jika talipon Miza, topik favorite adalah kerja tangan jahitan manik.

from right: Ustazah Bahyah, Miza and Harith Akmal. Photo at ARIANI Bangi

Kawanku yang seorang ini betul-betul "marvellous" because dia berjaya membuktikan kegigihan nya menjahit manik menjadi perkara yang amat mengkagumkan kaum wanita diluar sana. Syabas diucapkan. Yang seronoknya, kawan ku ini menjadikan baju kurung dan blouse aku sebagai medan ceativity nya yang memang cantik. TQVM Miza, ur my wonderful, beautiful, colorful, and swiming pool I selama-lamanya.


Adam dan Ain


Manakala pasangan Ain-Adam adalah dua kanak-kanak yang sedang membesar penuh kasih sayang dari parents, datuk nenek dan seluruh keluarga. Adam jika nampak saja NekBu, yang ditanya adalah Ain. Pandang muka NekBu pasti nama Ain yag disebut. Cuti Chinese newyear, amat seronok sekali. Kami pergi ke PortDickson, stemboat dan barbeque. Aku merindu suasana demikian.

Sunday, February 7, 2010

GOSSIP ....pengajaran

Semalam aku tengok movieworld bertajuk DOUBT yang dilakonkan oleh Meryl Streep (takpasti betul ke tak spelling namanya). Dalam cerita itu, terdapat satu pengajaran yang aku ingat sampai sekarang ini. Mengenai dosa membuat gossip.

Dimana seorang gadis bermimpi satu tangan ( God's hand) telah mengarahkan nya membuat pngakuan kepada paderi diatas dosa gossip yang telah ia lakukan. Dia sungguh menyesal dan ingin meminta pengampunan. Maka paderi itu mengatakan, baiklah. Paderi itu menyuruh gadis itu balik dan mengambil bantal tidurnya. Dia disuruh naik kebumbung rumah dan mengoyakkan bantal tersebut, maka beterbanganlah bulu kapas bantal itu ditiup angin kemerata-rata tempat. Gadis itu berjumpa semula dengan paderi tersebut.

Dia mengatakan bahawa dia telah pun berbuat apa yang disuruh oleh paderi itu. Maka paderi itu berkata, sekarang kamu terpaksa mengumpulkan semula bulu kapas bantal tersebut, maka gadis tersebut berkata, mana mungkin dapat saya mengumpulkanya kerana bulu kapas itu telah terbang berselerak dimerata-rata tempat dan mustahil baginya untuk mengutipnya satu persatu.

Maka paderi itu pun berkata, Gossip yang kau lakukan itu umpama bulu kapas bantal mu, kerana ianya telah pun merebak kemerata-rata tempat dan agak mustahil untuk kamu menarik balik percakapan gossip tersebut. Itulah perumpamaan dosa gossip yang tidak benar dan susah untuk diampunkan.

Menarik bukan?

Wednesday, February 3, 2010

OKTAI ...hish leceh betui

Tahun baru Cina kali ini dimeriahkan dengan Kes AI di mahkamah. Surat khabar laku macam goreng pisang panas. Letak apa saja TAGLINE yang berkaitan dengan kes LIWAT AI, semua nak membaca. Padahal isinya sama saja, cuma letak dan gaya bahasa yang berlainan. Sebagai manusia biasa saya harap KEBENARAN dan KEADILAN dapat dijelmakan, walaupun OKT tersebut dari Parti Keadilan Rakyat.

OKTAI (Orang kena tuduh AnwarIbrahim) adalah insan yang benar2 susah hati. Jika benar OKTAI buat tapi OKTAI malu ngan semua orang yang memuja OKTAI, anak dan isteri, kengkawan kat oversea, dan sesiapa saja besfren OKTAI spt Nik Aziz. Tak terfikirkah OKTAI yang sepatutnya OKTAI mesti rasa MALU dengan ALLAH SWT. Sebab ALLAH SWT maha mengetahui.

Andaikata OKTAI difitnah, OKTAI buat saja Sumpah Mubahalah, abis cerita....... selesai. Biar ALLAH SWT tentukan nasib OKTAI.

Dan, kami rakyat jelata bolehlah menghabiskan masa dengan banyak perkara yang berfaedah, daripada membaca kes OKTAI yang mungkin berlarutan hingga hari raya Aidilfitri pulak.

Monday, February 1, 2010

Bila la nak CUTI lagi

Aku ternanti-nanti cuti yang panjang. Tunggu my little grandson ADAM. Nak suruh dia buat show "aku bukan superman versi Adam". Alahai lambatnyer.