Monday, March 29, 2010

Aerobic at Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi


About a month I being continuously doing my weekend exercise at Tasik Cempaka in Bandar Baru Bangi. Every Saturday, it is an aerobic activity by PKNS. Many peoples around Bandar Bangi Bangi will gather as early as 7:30am beside the McDonald drivethru'. The program will start at 8am. Once it is aerobic, the fans are the ladies. All shapes of bodies assemble infront of the aerobic instructor, to shake, to bend, to dance and to sway along the music. So much fun. There are few gentlemen as well. Thumbs up to all.

Sometime we aerobic using a traditional Malay songs. It is good though, even myself a bit "keras" can also joget or inang with the aerobic steps.....! Whatever it is, it 's really sweat and good for our heart.


Khairani and me posed after aerobic


From left Yuhanis and Marsitah @ angah

I met many Hitachians (exHitachi Consumer). We chat and exchange stories and updates. I met also my Secondary schoolmates from SAAS. I met Ms.Khairani too, from UTM. I will make this activity as my "re-union" meeting place to all my ex- schoolmate, colleagemate, officemate and anything'mate...to refresh the relationship.

From Left: Zaidah, Zakiah and Zakiah's daughter

Others that not shown here, Ms.Gizi (exHEPM), Ms. Zaini and her 2 daughters Ms. Siti Aisyah and Ms.Siti Fatimah. Well, all are ladies only !!!!!. I learnt that Hjh.Zaiton also a frequently comer for Aerobic but I havent met her yet.

Ain with her favourite slide

Oh yes, on Sunday there is a Pasar Tani behind the PKNS. I always bring along my mom and my niece Ain along if there is no "Iqraq lesson". While I'm doing my jogging routine, my mom will do shopping for the fresh groceries from the hawkers.

Myself after jogging, lepak'ing while waiting for mom

And after all ends, we will have a McDonald breakfast nearby. Well, now you know where you can find Ija during weekend.....Ur always welcome to Tasik Cempaka for healthy exercise and happy gathering as well. ^_^

Tuesday, March 23, 2010

Anak sekarang - SCORE

Saban hari suratkhabar pasti memberikan berita anak-anak yang bijak dan pandai. Setiap kali peperiksaan penting UPSR, PMR, SPM dan STPM akan terpampanglah keputusan cemerlang yang diraih oleh pelajar-pelajar. Berpelukan bersama ibubapa dan memberitahu apakah rahsia kejayaan masing-masing.

Ramai sungguh yang pandai-pandai. Ibubapa akan tension jika anak mereka tidak score. Balik rumah mesti termenung jugak dan berfikir macam mana anak mereka tidak score padahal sama sekolah dan sama saja guru yang mengajar. Berbeza adalah anak itu sendiri. Malas atau rajin, baik atau nakal. Kadangkala, kesihan pula melihat anak-anak kecil yang masih dibawah umur 12tahun dihantar ketuition dan tidak ada masa untuk berehat kecuali hari Sabtu dan Ahad. Setiap waktu asyik melayan homework dan buku-buku.

Dulu dulu, takde la nak tuition atau asik membaca buku saja. Habis sekolah, petang main layang-layang, tangkap ikan, main bola, main polis and thieve dll. Malam baca buku pun haya 1jam aje. Lagipun takdelah banyak kerja sekolah pun. Paling kuat buat karangan.

Beruntung rasanya aku sekarang ni, takdelah tension masa kecik-kecik dulu, jadi gak Engineer dan belajar pun kat sekolah harian iaitu sekolah SAAS. Dapat gak pergi USA. Alhamdulillah, kemungkinan dikurniakan otak yang cerdas oleh Allah SWT.

Seperti kata my friend Miza, Adam good boy sebab dapat markah diatas 95. Target yang di setkan oleh Miza sendiri. Tinggi tu. Nasib baik dapat score kalau tak...Adam is not good boy ke?
Kadang-kadang anak kita masih tidak dapat lagi "ummph" belajar tu....tunggulah sehingga mereka sudah 15 tahun, kemungkinan sudah memahami pentingnya pelajaran, maka mereka akan belajar dengan penuh rela dan tenang, insyaallah mereka akan score PMR, SPM dan STPM. Jika masih tercicir lagi, kerja lah dulu dan ambil peluang belajar outcampus. Kan belajar itu lifelong learning.

Sunday, March 21, 2010

Vietnam Trip

Sebenarnya banyak juga negara yang telah kami kunjungi. Selalunya kami mengikut "package trip", tetapi kali ini kami telah membuat tempahan tiket kapalterbang Airasia dan membeli package trip ditempat kami lawati. Jadi ianya lebih mencabar. Destinasi kami adalah VIETNAM iaitu Hoh Chi Mien @ Saigon.
Gambar bersama emak dihadapan Dewan Bandaraya Saigon
Kali ini kami pergi bertiga emak, kak Yati dan Ija. Objektif kami ialah nak shopping tudung, telekung dan blaus muslimah. Memang berbaloi pun. Makan no problem, sedap jugak masakkan orang Vietnam ni. Kami makan kat Halal Saigon, best.

My sister enjoying the dishes of Vietnam.
Dalam lawatan tersebut, kami pergi ke Cuchi Tunnel dimana terdapat kawasan kem askar Vietnam diwaktu peperangan menentang Amerika. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan memasuki lorong laluan bawah tanah sepanjang 20meter yang semuaat badan sahaja. Merangkak dalam gelap, sesekali tercium bontot orang yang didepan bila terhenti dalam gelap. Sungguh menggelikan hati.

Dah abis azab aku berjalan kat terowong ni.
Pengalaman yang lain pula ialah menaiki bot menyeberangi Sungai Mekong dan melawat kawasan kebun buah2an diseberang sungai tersebut.
Ditebing sungai Mekong sebelum naik kebot bersama mak tersayang.


Ini pulak, gambar Ija dengan kakak tercomel didunia, kak Yati diatas bot. Takut gak, tapi disebabkan nak berposing sakan, hilang rasa takut. Besar Sungai Mekong ni, airnya tak pernah jernih pun, warna teh susu. Kami saja yang naik bot tersebut.Perasan tak?, kami tak pakai jaket keselamatan pun, konfiden abis. Tapi bila diingatkan semula, jika bot tu karam, hish.....abis la kami bertiga beranak. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku.

Kami bershopping sakan jugak di Saigon. Tudung ala-ala Ikin @ ariani tu harganya cuma USD1 ke USD3 shaja. Lebih kurang RM12 jer. Apalagi kak Yati borong banyak gak. Telekung Vietnam pun harganyaUSD10, canteeekk beb.
Beg tangan pun murah bebenor. Kira-kiranya berbaloi baloi kunjungan kami ini.

Jumlah perbelanjaan lebih kurang RM2,000 complete !!

Wednesday, March 10, 2010

Cuti2 Malaysia -kemana ha???


Nak share sikit gambar2 masa gi KT dulu. Jgn lupa MATTA fair kat PWTC. Kami pergi ke Taman tamaddun Islam. Rombongan "cik kiah" ni berempat orang, so setiap gambar maksima 3 orang sebab seorang kena snap digital camera. Sah2lah bonda tersayang menjadi model tetap.





Ini adalah swimming pool kat tempat kami menginap di KT iaitu QURRATA resort. Rafi ben10 apalagi, mandi sakanlah dia. Bilik diresort ini besar dan swimming pool bersih. dari 10points, saya bagi 7.5 points.






Ini pulak posing didepan masjid Kristal with my CRV. Panas gak ari itu. Rafi yang snap gambar ni.
Tidak ramai pelawat diwaktu ini, maklumlah masa kami pergi tu ada pertanding Monsoon Cup di Batu Buruk.








Gambar menunjukkan Rafi, bonda dan kak Yati di"miniature" Masjidil Haram. Terdapat banyak replika masjid-masjid seluruh dunia disini. Bayaran masuk RM20 seorang tapi berbaloi. So, cuti sekolah bakal tiba, kemanakah tempat untuk ber"vacation". Mungkin cuaca panas ini, saya rancang untuk ke Desa Waterpark atau santai saja ke IKEA, MegaMall, Berjaya Times Square, atau yang paling dekat Jusco Balakong atau Carefour THO......apa klas (seperti yg selalu Miza kata)....ha ha ha

Wednesday, March 3, 2010

Bergabunglah bangsaku ......

Sudah bermula suasana pergolakkan politik dalaman Pakatan Rakyat. YB YB dari PKR lah yang paling ramai menyatakan kekesalan perjuangan mereka yang sudah divert dari landasan reformasi yang dilaung-laungkan. Impian mereka amat mulia dan baik, tetapi kerana tiada permuafakatan antara parti dan juga ketua PR yang tersendat dengan kes mahkamah, maka mereka hilang panduan.

DAP parti satu kaum memang berlagak tokey besar. Sombong dan angkuh. Seperti ayam jantan menang sabung. Menidakkan keadilan atas kaum Melayu dan kaum India diPenang. Membela kaum Cina diPenang, diPerak dan diSelangor. Manakala PAS pula berdiam diri bila isu-isu agama Islam diperlekehkan oleh kaum lain seperti isu kalimah ALLAH.

Perasaan rakyat yang perihatin menjadi marah, sedih, geram, tak puashati dan lain-lain. Dan, saya pula ingin menyeru wahai orang Islam bergabunglah kamu atas nama agama ALLAH dalam menangani masalah sekarang tidak kira dari parti politik mana sekalipun. Bergabunglah menentang sesiapa saja yang ingin menghancurkan Islam atau kaum Melayu dari bumi ini.