Sunday, July 17, 2011

Bekas Kueh Raya (Cookie Jar)

Salam frenz..

Satu lagi produk baru bakal dikeluarkan untuk pasaran hariraya. Ianya adalah bekas kueh raya yang direka unik, kontemporari dan cantek untuk mengisi kueh raya. Bekas kueh tersebut kedap udara kerana ianya menggunakan tutup yang diputar mengikut jam.

Himpunan cookie jar bermacam corak dan warna


Walau pun ianya hanyalah balang biasa pada asasnya, namun setelah dihias dengan bunga reben, bunga dip, kain organza, tali hiasan dan manik.....ianya menjadi bekas kueh raya (cookie jar) yang amat menarik dan cantek sekali. Koleksi ini dinamakan seperti:-

* Pink Ashley
* Purple Jlo
* Brown Beyonce
* Blue Celine

Bekas tersebut dibuat hasil "creativity" sendiri, bukannya buatan kilang. Dibuat dengan perasaan kasih sayang dan cintakan kesenian karaftangan, maka terhasillah satu produk yang unik dan indah. Ilham ini terhasil kerana setiap hariraya, semestinya surirumah memerlukan tempat kueh yang kedap udara, cantik, kukuh dan harga yang berpatutan.

Pink Ashley


Purple Jlo


Brown Beyonce


Blue Celine

Harga bekas adalah RM8.00 untuk setiap satu. Mempunyai berbagai corak dan warna. Tersedia untuk dibeli bila-bila masa. Boleh juga ditempah mengikut citarasa pelanggan. Waktu tempahan adalah 3hari. Anda boleh menempah bekas kueh raya itu mengikut tona warna langsir, warna kusyen agarnya ianya sedondon dan menjadi warna tema hariraya anda pada tahun ini. Ianya akan menjadi satu barangan yang bakal menjadi bualan tetamu yang datang berkunjung kerumah untuk berhariraya kelak.

Saya telah memakai bekas ini sejak 5tahun lagi, dan ianya masih berkeadaan baik. Namun untuk harga RM8.00 setiap satu, saya fikir adalah berbaloi dan menjadi kepuasan bagi saya untuk memilih bekas yang baru mengikut trend semasa dan warna tema hariraya. Harganya yang "ok" tidaklah terlalu mahal, bagi saya ianya memberikan satu kepuasan kerana bekas kueh raya itu menceriakan suasana meja hidangan kueh-mueh saya setiap tahun.

Bagi surirumah atau orang bujang yang praktikal, "happy go lucky", sempoi, "relax", ranggi dan "hip hop", apakata anda terus membelinya dengan cookiesnya sekali. Harga setiap bekas beserta cookies adalah RM25.00. Jadi, tidak perlulah bersusah payah untuk menyalin kueh, "refill" atau menyimpan kueh dalam bekas lain, terus saja meletakkan diatas meja. Tidak perlu risau, sebab kueh dan bekas kueh tersebut tersangatlah cantek, sehingga anda akan merasa mood hariraya anda menjadi hebat sekali. Percayalah...Untuk itu saya sarangkan anda membeli sebanyak 6set, 3 bekas untuk cookies, 2 bekas untuk kueh tarditional dan satu bekas untuk gula-gula atau kudapan ringan seperti kuaci.

Hamper RM150


Hamper RM150


Hamper RM140


Hamper RM130

Untuk anda yang ingin menjadikan produk ini sebagai hamper hariraya, memang amat sesuai sekali. Harga hamper boleh ditempah dalam sekitar RM130~RM150 setiap satu. Hamper akan kelihatan menarik dan berketrampilan eksekutif sebagai pemberiaan yang bercitarasa kontemporari. Penerima hamper akan merasa dihargai dan dihormati melalui barangan yang mempunyai unsur-unsur traditioanal keMelayuan.

Bekas ini boleh dibeli dengan menalipon atau sms saya 012-3765349.

Thursday, July 7, 2011

Cookies for Hariraya 2011

Salam frenz,

Tak lama lagi kita akan berpuasa dan berhariraya. Kali ini saya akan membuat biz kecil-kecilan dari dapur rumah sendiri iaitu membuat biskut raya. Idea membuat biskut raya ini tercetus bila saya mengadakan rumah terbuka tahun lepas, dimana kawan saya telah memberikan saya 4balang kueh Cornflakes Madu. Biskut tresebut telah saya letakkan diatas meja dan habis dimakan oleh tetamu yang datang. Sedap kata mereka. Rasanya ranggup crispy, tidak lemau, tidaklah manis sangat..secukup rasa, enak dan yang bestnya meraka kata "kalau makan satu nak satu lagi..susah nak berhenti".


Cornflakes Madu ..... sedaaaap !

Dari situlah saya berazam untuk menjual biskut Cornflakes Madu tersebut. Bersama rakan saya iaitu Zaidah, kami telah mula membuat promosi untuk Cornflakes Madu ini. Kami membuat contoh cookies ini untuk dirasa oleh bakal pelanggan dan mengambil tempahan. Oleh kerana ianya "homemade" maka pembuatan cookies ini semuanya memakai cara insani (manual). Kami juga menambah dua jenis biskut iaitu Chocolate Chip dan Suji.

Biskut Suji ...yummy yummy

Ramuan asas adalah tepung gandum, buttercup, minyak sapi, telur dan pewarna. Semua bahan adalah halal. Yang utama ianya dibuat oleh orang Islam dan proses pembuatan dijamin bersih.


Chocolate Chip..best!

Harga setiap cookies adalah:-
1) Cornflakes Madu RM18.00
2) Suji RM18.00
3) Chocolate Chip RM20.00
( Kuantiti setiap bekas biskut adalah 50biji. )

3 jenis cookies: Cornflakes Madu, Chocolate Chip dan Suji.


Tempahan boleh dibuat dengan sms atau call ke 0123765349 dan 0123561274. Penghantaran percuma di sekitar Lembah Klang. Tempahan luar kawasan akan dikenakan bayaran pos laju mengikut kadar yang ditetapkan. Apalagi lepas baca artikel ni, buatlah tempahan. Kalau nak tolong kawan, inilah masanya ......!!!!!! hahahaha.

Tuesday, July 5, 2011

Ayah HERO saya.

Salam frenz.

Kali ini saya ingin berkongsi perasaan pula. Pagi tadi saya menghantar ayah kehospital Serdang untuk rutin pemeriksaan berkala kesihatan ayah. Ramai sungguh orang hari ini, parking pun dah sampai kelereng bukit yang berpokok-pokok. Saya "dropkan" ayah didepan lobi menunggu dan mencari parking. Ayah tak larat berjalan jauh sebab guna tenaga kudratnya pasti membuat ayah termengah-mengah dan menyebabkan tahap oksigen akan menurun. Paru-paru ayah sudah rosak kerana ayah merokok dari sewaktu muda lagi sehingga usia ayah 60tahun. Sekarang ayah sudah berhenti merokok 15tahun lamanya, namun kesan perokok tegar seperti ayah amat memedihkan. Ayah mesti mendapatkan bekalan oksigen selama 16jam setiap hari..!!

Lepas parking yang agak jauh, menapaklah saya kelobi, daki bukit dan lalu dicelah-celah kereta yang padat. Lepas mendaftar dibawah dan diatas (2 kali daftar) barulah saya duduk disebelah ayah menunggu giliran untuk mendapat rawatan. Letih juga. Lagipun saya belum bersarapan lagi. Pukul 9am mesti ada dihospital !!!

Dimasa itulah fikiran saya melayang mengingatkan sewaktu saya kecil dan jika saya sakit, ayah akan ambil cuti dan membawa saya keklinik. Oleh kerana ayah adalah askar, ayah akan balik menaiki trak atau landrover hijau mengambil saya dan emak dirumah. Ayah memang seorang yang baik dan suka melayan kerenah anak-anaknya walaupun dia seorang askar yang pastinya garang dan berdisiplin. Berjumpa doktor tidak menjadi masalah bagi saya, ayah bercakap dengan doktor dan bertanyakan perkara penting yang berkaitan dengan penyakit saya. Seingat saya, diwaktu kecil saya seringkali mendapat kudis di tangan, kaki malah dibahagian bontot saya (hahaha). Mungkin kerana terlalu lasak bermain tanah, mandi sungai dan mencari spider dibelukar kecil. Penyakit berkudis ini akan berulang jika saya "terlebih" lasak dan degil tidak mendengar kata emak agar tidak bermain kotor.

Teringat juga saya pada satu peristiwa, dimana kucing saya telah mendapat luka yang besar ditengkuknya kerana terlibat dengan pergaduhan dengan kucing lain. Saya menangis2 agar kucing saya mesti dibawa keklinik haiwan. Ayah melayan kerenah saya, ayah balik dari markas dengan membawa trak yang besar (mungkin trak itu saja yang ada) untuk membawa saya dan kucing saya kesebuah kelinik haiwan di Ampang. Saya duduk di depan bersama ayah sambil memeluk kucing saya.. Di klinik tersebut saya dapati ramai pemilik haiwan yang sakit menunggu rawatan. Kucing yang berbulu panjang dan gebu, anjing yang hitam berkilat badannya dan macam2 lagi binatang kesayangan yang "high class". Kucing saya tidaklah secomel atau dari baka yang terkenal, kucing kampung sahaja. Namun kerana sayalah, ayah sanggup membawa kucing saya mendapatkan rawatan yang " first class ".

Dalam dua cerita ini, ayah telah mengorbankan waktu kerjanya demi saya. Ayahlah yang menjadi jurucakap dan menguruskan segala hal untuk diri saya dan kucing saya. Malah ayah telah mengeluarkan duit untuk membayar bil rawatan. Adakah saya peduli atau tahu menghargai itu semua....diwaktu itu???? Rasa saya TIDAK.

Dan sekarang ni, saya pula yang membawa ayah ke hospital. Menguruskan segala pendaftaran, temujanji dan pengambilan ubat. Malah sewaktu berjumpa doktor pun, saya akan turut serta. Pendengaran ayah sudah berkurangan dan juga kadangkala ayah tidak dapat mengingati perkara2 yang disoal oleh doktor, seperti berapa kerap ayah buang air kecil, berapa lama mengambil ubat tertentu dll.

Saya tidak bersendirian, saya lihat jika seorang warga emas dihospital, sudah pasti ada anak yang menemani mereka. Sudah lumrah, waktu kecil kita ditimang, dibelai, dijaga oleh ayah dan emak, apabila kedua ibubapa sudah tua, maka giliran kita pula yang menjaga mereka.

Syukur alhamdulillah, Allah SWT memberikan saya rezeki sihat tubuh badan dan kelapangan masa, maka dapatlah saya "membelai" ayah saya pula. Puas hati saya, membawa ayah kehospital ataupun kemana saja yang ayah inginkan, tidak menjadi beban pada saya. Malah saya merasa bangga membawa ayah kemana saja, kerana ayah adalah HERO bagi saya.

Sunday, June 26, 2011

"Bersih 2" kempen 5S tahunan terbaek jika

Salam frenz..

9hb Julai, 2011 , "bersih 2" memang saya tunggu JIKA..

Pada hari itu "bersih 2" adalah aktiviti perbuatan pembersihan jalanraya di Kuala Lumpur yang dilakukan oleh sukarelawan yang dihimpunkan oleh AMBIGA. Ingin saya cadangkan pihak DBKL membekalkan secara percuma:-
1) Penyapu
2) Tong Sampah
3) Plastik Sampah
4) Pungkis
5) Kereta Sorong
6) Lori Sampah
7) Peralatan yang berkaitan

kasi bersih jalan TAR

untuk kegunaan para penyokong "bersih 2" bagi melakukan proses sapu dan pungut sampah sarap disepanjang jalan TAR, Masjid Jamek dan depan Masjid Negara. Sambil melaungkan "bersih 2" untuk tuntutan keadilan dan ketelusan dari pihak SPR untuk PRU13, bolehlah menyapu dan mengutip sampah. Ada jugak faedahnya.

Disamping itu pihak ALAM FLORA boleh juga menghulurkan hadiah hamper bagi peserta yang memungut sampah terbanyak berdasarkan timbangan. Cabutan nombor bertuah untuk peserta yang mendaftarkan nama dan nombor talipon bagi menyertai kempen "bersih 3" untuk tahun 2012 kelak, agar ada kesinambungan jika ianya efektif.

Andaikata, "bersih 2" itu menghuruharakan Kuala Lumpur, maka pihak PDRM perlu membersihkan semua sukarelawan tersebut dengan menyembur mereka dengan air berwarna dan memasukkan ke dalam lori dan di kenakan denda kerana kesalahan tersebut.

Ingatan saya kepada kengkawan dan yang sebangsa dengan saya, jangan sesekali menyertai "bersih 2" kerana ia terang-terangan adalah agenda politik yang kotor untuk melindungi seorang individu. Jangan melayu diperalatkan. Saya nak tengok berapa keratkah kaum Cina dan India yang akan menyertai "bersih 2" itu.

Lebih baik kita duduk saja di rumah menjalankan aktiviti pembersihan rumah. Saya akan membuat 5S untuk peti ais pada minggu tersebut. Oleh kerana kita akan mula berpuasa, maka banyak barang makanan yang didalam peti ais perlu di tukar atau dihabiskan. Kerana ruang diperlukan untuk meletakkan makanan utuk berbuka dan bersahur kelak. Maka perlu dibersihkan bagi menjamin kesegaran makanan yang disimpan kelak.

nak buat macam ni.....


Saya juga bercadang untuk mengantung langsir baru. Ha ha ha .... awal kan??? Sebab masa puasa tak ramai sahabat yang berkunjung kerumah, maka jika pakai langsir baru pun tak mengapa, meraka tak perasan pun.

BAIKLAH, selamat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ogos ni, denga pertanyaan "dah habis bayar ganti puasa?"....

From me: IJA

Wednesday, June 22, 2011

5S dapur

Salam frenz..

Saya telah melakukan aktiviti membersihkan kawasan dapur baru-baru ini. Oleh kerana pencuci axion di singki telah habis, saya telah cuba mencari di dalam kabinet dapur. Memang emak selalu membeli "spare" barangan pencuci dan meletakkan di dalam kabinet di bawah singki. Tetapi bila saya membuka kabinet, saya dapati barangan pencuci berselerak, seolah-olah dicampak saja, terpaksa saya menyelongkar mencari. Cari punya cari, takde pun, mungkin dah habis.

Maka saya mengambil keputusan untuk membuat 5S ( gerak kerja pembersihan). 5S adalah singkatan perkataan Jepun iaitu:-

SEIRI SISIH
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan
di tempat kerja dan membuangkannya

SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur
supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada
habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan
tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan
kebersihan yang baik dengan sendirinya

Jadi saya pun melakukan 5S dengan mengikut peraturan diatas. Saya asingkan barangan yang tidak diperlukan dan membuangnya. Saya susun cantik-cantik dan rapi didalam bekas, mengikut produk seperti sabun mandi, sabun tangan, sabun pinggan mangkuk, sabun pencuci tandas, dan sabun kain diletakkan ditempat yang sama label. Manakala ubat gigi, berus gigi dan listerin (ubat kumor) ditempat lain. Nila, klorok dan soflan ditempat yang lain. Pengasingan dilakukan supaya mudah untuk mencari kelak. Tak lah habis masa mencari.

Lagipun, jika produk tersebut habis, senang untuk dikenal pasti dan segera dibeli. Begitu juga, jika produk tersebut terlalu banyak, maka tidak perlu ditambah lagi. Kadang-kadang produk tersebut sudah habis tempoh dan perlu dibuang.

Selepas sudah selesai kerja-kerja pengasingan dan menyusun atur, saya membuat label dan inventori. Ianya penting, supaya emak saya tidak lagi membeli produk yang sama walaupun harganya murah atau "on sale". Selalunya barangan "on sale" adalah barangan yang hampir tamat tempoh.

Di bawah ini adalah gambar yang saya ambil sebelum dan sesudah. Walaupun taklah rapi sangat, tapi ada penambahbaikkan, lebih teratur dan kemas.


sebelum 5S, masih dalam plastik beg



selepas 5S ada 5 beg BioZip !!!


selepas 5S banyak tu sabun !!



Maka, saya telah mendapat banyak faedah:-
1) Boleh mencari barangan dengan cepat.
2) Mengenalpasti barangan yang hampir tamat tempoh.
3) Tidak membeli barangan yang masih ada sewaktu shopping.
4) Tempat yang bersih dan teratur.

Dan yang paling penting, emak saya amat gembira bila melihat kabinet dibawah singki telah bersih, kemas dan teratur. Emak terkejut yang sabun BioZip beg 3Kg berjumlah 5beg yang belum digunakan lagi...! Manakala pelembut Softlan ada 2beg refill, sabun tangan 3beg refill dan nila masih ada 2botol!!!.

Jimatlah duit untuk bulan depan. Alhamdulillah..berbaloi.

Monday, April 11, 2011

Hello again....Kaizen

Salam frenz.

Sudah agak lama saya tidak meng"update"kan blog ini. Terasa bersalah pada diri sendiri yang tidak berdisiplin. Konsep Kaizen tidak dilaksanakan lansung. Namun demikian banyak blog baru yang saya bina selain daripada blog yang ini. Blog tersebut adalah:-

1) http://rimbacafe.blogspot.com
2) http://afburgerforhunger.blogspot.com
3) http://jobstickenterprise.blogspot.com
4) http://babygoodiesforgift.blogspot.com

Blog tersebut adalah blog perniagaan untuk rakan-rakan saya. Tidak ada kaizen topik dalam blog diatas. Saya telah menukarkan hobby membina blog ini kepada satu bidang perniagaan sambil menolong rakan-rakan yang agak rabun-rabun ayamalam bidang IT bukan buta IT, cuma rabun saje.

Untuk blog ini, saya akan menjadikan satu blog ilmiah dalam bidang teknologi kejuruteraan yang mudah-mudah saja. Saya ingin menjadikan satu blog mengenai KAIZEN dan cara-cara mengaplikasikan kaizen dalam kehidupan seharian.

Saya akan membuat ebook mengenai Kaizen bagi kegunaan syarikat pembuatan dan target saya adalah syarikat kecil dan sederhana SMI. Saya akan menggunakan pengalaman saya dalam bidang kejuruteraan pengeluaran daripada kilang MNC yang telah memberikan saya pendedahan selama 20tahun.

Hait....GAMBARIMASHO !!!!!!! Kaizen for everyone.