Tuesday, June 30, 2009

Why Samurai - an introduction

Dear bloggers,
Why I choose Ija Little Samurai?
Well, first of all, I being working with a Japanese's company, Hitachi for 20years. It was more than a school compare to workplace. Why? I being brought-up by a medium level Malay family, schooled in Malay primary and secondary school. Later I studied Engineering in UTM and pursued my first degree in Tri-State University, USA. I did my Master Science (part time) in UKM Bangi while working in Hitachi. My first job was as an Engineer in Hitachi Consumer Products (M) Sdn. Bhd in Bandar Baru Bangi. It was in 1988. I was developed by a Japanese superior who taught me with a Japanese work ethics and culture. I was despatched many times to Japan to learn a new technology and transfer it to Malaysia. Being trained and worked with Japanese peoples made me becomes one of them. However I still keep my traditional Malay culture in my daily lifes.
My lifes being easily devided into 3 traits or attitudes. When comes to work's matter I will act like a Japanese, such as never give-up, work hard, focus, sincerity, teamwork and quality first. When comes to discussion or meeting time, I will be like American, too out-spoken, throw a lot of ideas, made a visions, open minded, make alot of fun and sharing jokes. For a personal matter, of course I will opted to be a Malay, known to be polite, always smiling, have a good heart and perform a religion obligation.
For 20years in Hitachi, I enjoyed my "top" lifes, mixed with west and east spices blend into my Asian's body which I cherished and took it as a God's best present to me. And now, I left Hitachi already and build-up my own business. From now onwards, I will share and inspire as many as I can, Malaysian young generations to be the BEST by hiring them into my company. This is a time for me to "contribute" to Malaysia (eventhough little) with a spirit of Samurai to make this country among the BEST placeto live. InsyaAllah....(with God's willing)

Monday, June 29, 2009

Generasi dulu dan sekarang

Dua minggu lepas, saya pergi ke kedai rakan saya di Bandar Baru Bangi untuk membuat logo pada pakaian seragam syarikat, malangnya dia tidak mampu untuk membuat kerana logo tersebut berbentuk 3D. Walaubagaimana pun saya berbual kosong mengenai aktiviti masing-masing. Saya memberitahunya walaupun saya telah berhenti kerja (VSS) dan mempunyai ekonomi yang agak kuat, namun saya tetap tidak betah dirumah lalu saya membina syarikat dengan rakan karib saya. Kawan saya meneka yang saya adalah orang Seremban !!! kerana katanya wanita Seremban selalunya "outspoken", "business minded" dan banyak lagi. Benarkah?

1 Malaysia : Teori dan Praktikal

Tadi, saya dan beberapa orang kawan telah membicarakan topik 1Malaysia di kafe Kota Damansara. Saya amat tertarik dengan kenyataan kawan saya yang berkata, "Kita nak lihat satu hari nanti Raju atau Ah Chong akan menghantar Pak Mat yang tua ke masjid untuk sembahyang Jumaat, itu barulah ada jiwa 1Malaysia". Tersentuh hati saya bilamana kawan saya itu adalah dari kaum India. Saya juga meminati filem arahan Yasmin seperti sepet dan talentime yang mempunyai elemen 1Malaysia. Begitu juga iklan televisyen yang memaparkan kaum Cina yang memberikan ayam pada kaum Melayu untuk disembelih supaya dapat dimakan bersama-sama dengan jiran kaum Melayu, Cina dan India. Kita mesti peka bahawa kaum India tidak makan daging lembu, oleh yang demikian jika kita menjemput kaum India kenduri kahwin atau majlis makan, sebaiknya gunakan ayam bukan lembu dalam masakan agar mereka dapat bersama-sama makan. Dalam pemahaman 1Malaysia, setiap kaum di Malaysia seharusnya memahami sensitiviti kaum yang lain dan menghormati budaya hidup mereka. Perpaduan menjadi mangkin 1Malaysia yang mantap. Harapan saya 1Malaysia dapat difahami dengan mudah dan dipraktik dengan rasa ikhlas dari semua kaum di Malaysia.