Monday, August 31, 2009

1 Kemestian - Baju raya at SOGO.

S a l a m 1Malaysia ( as what's now become a popular greeting)

Already 11days fasting. Today, outside is raining since morning. Kids start scholling. Traffics becomes as normal, congested. Many roads accident and "Baju raya" already bought last week.

In Kuala Lumpur, SOGO is the choice. Children clothings are bundles. SOGO management expanded the little surau at the basement. It is very comfortable now. More rooms for prayer. Divided into Male and Female surau. Not only that, SOGO also extended their parking area. No worries to find a parking lot. Food court always full with customers. Foods taste maintain delicious. The lattest SOGO membercards design also looks exclusive. So it almost perfect place for a family shopping arena.

For a traditional baju kurung, lets go to Bandar Baru Bangi PKNS complex. Many stalls are built. Good design with price ranges RM29 ~ RM79. This price ranges is afordable. I bought one pair, batik design. Maybe will add-on beads later as an upgrading.

Well, Hariraya with "baju baru" makes oneself feel happy and VICTORY.

Thursday, August 20, 2009

Nik Aziz, Mikael, Yasmin dan Ashraf.

Selamat berpuasa untuk semua kenalan, saudara mara, bloggers, 'facebook' geng dan sesiapa saja yang singgah di blog ini. Alhamdullillah, lusa kita berpuasa. Saya ingin menasihatkan diri saya dan Dato' Nik Aziz supaya berbanyak-banyak berbuat baik dan bersangka baik terhadap seluruh makhluk Allah SWT di dunia ini.

Pilihanraya kecil di Permatang Pasir mungkin satu pemilihan ketua yang amat barokah sekali. Tiada penipuan. Tiada caci mencaci. Semua baik-baik hendak nya. Bulan Ramadhan bulan yang baik. Maka berbaik-baiklah hendaknya.

Saya berharap agar H1N1 juga akan 'menghormati' bulan puasa. Tiada lagi jangkitan. Kurang kematian. Menutup mulut dan hidung dengan memakai 'mask' juga baik dibulan puasa ini. Mengurangkan deria bau. Mengurangkan percakapan. Menambah pahala.

Inkues atas TBH pastikan berjalan lancar. Beritahu saja yang benar. Jangan cerita berbelit-belit. Jika benar katakan benar. Semoga ada penyelesaian yang adil dan saksama.

Untuk rakyat yang masih tidak berpuas hati dengan pemimpin pemimpin politik, berehatlah sebentar dari demonstrasi jalanan. Duduk diam-diam di rumah. Politik adalah mainan orang yang gila kuasa. Kuasa dari hasil undi yang diberikan atas dasar ingin 'menghukum' tidak bernilai langsung. Orang yang menang dari undian begini sebenarnya tidak lebih dari 'tiada rotan akar berguna'.

Saya terkenangkan Allahyarham Mikael dan Allahyarhamah Yasmin. Kedua-duanya adalah istimewa buat saya. Mikael dan Yasmin adalah insan yang menyenangkan. Sentuhan mereka adalah lagu dan cerita. Begitu juga kenangan yang singkat tapi amat bermakna untuk Allahyarham Ahmad Ashraf Sulaiman. Semuga roh mereka dirahmati Allah.

Tuesday, August 18, 2009

1 Kepuasan - NGV alternative fuel

Pada awal bulan Ogos saya telah memasang sistem NGV pada kereta Honda CRV saya. Kos pemasangan bernilai RM5,000. Sistem "sequential" agak mahal. Tangki silender NGV 70liter. Pam penuh tangki harga RM9 ~RM10 bergantung pada tekanan stesen pam petronas. Harga NGV RM0.68 seliter. Manakala petrol RM1.80 seliter.

Apa yang mengembirakan ialah dengan nilai wang RM10.00 saya mendapat 150km. Jika pakai petrol jarak sedemikian memerlukan Rm30.00. Setiap hari perjalanan dari Cheras keBandar Baru Bangi 22km. Ulang alik 44km sehari. Ini bermakna saya membelanjakan cuma RM10.00 untuk 3hari, berbanding dulu mungkin RM50.00 utuk 3hari (termasuk singgah kedai).

Paling seronok duit dalam wallet RM10.00 pun dah dapat isi penuh. Kalau dulu petrol RM50.00 baru separuh takuk. Sekarang ini, pergi kemana-mana tidak menjadi masalah. Cuma pastikan tahu dimana stesen NGV. Jika tiada pun, kereta masih oleh bergerak dengan petrol.

Oleh yang demikian, kos RM5,000 dapat "pulang modal" dalam jangka masa yang singkat. Lagi jauh berjalan, lagi cepat kadar pulangan. Seperti kawan saya yang menggunakan NazaRia, pergi KL - Johor pulang balik, cuma RM46.00 sahaja. Mahal lagi tol!!!. Kereta MPV seperti NazRia dan Unser memang "kuat minum" (drinker).

Jika berminat, buatlah pemasangan dibengkel yang mempunyai kelulusan JPJ. Pastikan tangki silender mendapat kelulusan ISO. Begitu juga pemasangan dibuat oleh mekanik terlatih yang mempunyai sijil MLVK.

Bengkel pemasangan ABEX di Selaman Industri, Bandar Baru Bangi menepati semua kriteria tersebut. Di tambah lagi dengan pemasangan alat mengesan kebocoran gas (GLD-Gas Leak Detector) dan juga set EVP - Extreme Valve Protection bagi penjagaan injap enjin.

Berminat untuk memasang sistem NGV, maka telefonlah saya di 012-3765349. Cara untuk berjimat dalam jangka masa panjang. Ianya BERBALOI.

Monday, August 17, 2009

Kueh 1Malaysia - Selamat berpuasa
Tidak lama lagi kita akan berpuasa. Di Kuala Lumpur musim hujan di waktu petang. Orang yang kerja di pusat bandar akan mengeluh kerana jalan sesak. Di tambah lagi jika berlaku kemalangan. Seperti biasa orang Malaysia prihatin, kemalangan dilorong kanan, lorong kiri yang jem giler.

Banyak perkara penting berlaku waktu-waktu begini. H1N1 masih belum terkawal. Angka kematian meningkat saban hari. Menteri kesihatan dan kakikatangan hospital kerja 24jam. Rakyat risau. Pemakaian "mask" di Kuala Lumpur menjad kemestian. Sesiapa yang tidak pakai"mask" memang kebal. Bukan saja penyakit 1Malaysia malah 1Dunia.

Ramai mengambil langkah pencegahan awal. Minum air kelapa rendama kurma. Minum jus oren. Makan 6biji epal hijau. Minum air jintan putih. Apa apa saja petua atau ubat alternatif semua dilakukan. Jadi tidaklah sibuk sangat hospital Sg.Buluh.

Harapan saya dibulan Ramadhan ini, semua umatIslam dapat menjalankan ibadah puasa dan berdoa kesejahteraan sejagat. Sembahyang terawih dan tadarus al-Quran, jangan lupa. Bermacam-macam kueh di pasar Ramadhan. Mungkin kueh 1Malaysia pun akan dijual...tunggu saja.........