Sunday, July 17, 2011

Bekas Kueh Raya (Cookie Jar)

Salam frenz..

Satu lagi produk baru bakal dikeluarkan untuk pasaran hariraya. Ianya adalah bekas kueh raya yang direka unik, kontemporari dan cantek untuk mengisi kueh raya. Bekas kueh tersebut kedap udara kerana ianya menggunakan tutup yang diputar mengikut jam.

Himpunan cookie jar bermacam corak dan warna


Walau pun ianya hanyalah balang biasa pada asasnya, namun setelah dihias dengan bunga reben, bunga dip, kain organza, tali hiasan dan manik.....ianya menjadi bekas kueh raya (cookie jar) yang amat menarik dan cantek sekali. Koleksi ini dinamakan seperti:-

* Pink Ashley
* Purple Jlo
* Brown Beyonce
* Blue Celine

Bekas tersebut dibuat hasil "creativity" sendiri, bukannya buatan kilang. Dibuat dengan perasaan kasih sayang dan cintakan kesenian karaftangan, maka terhasillah satu produk yang unik dan indah. Ilham ini terhasil kerana setiap hariraya, semestinya surirumah memerlukan tempat kueh yang kedap udara, cantik, kukuh dan harga yang berpatutan.

Pink Ashley


Purple Jlo


Brown Beyonce


Blue Celine

Harga bekas adalah RM8.00 untuk setiap satu. Mempunyai berbagai corak dan warna. Tersedia untuk dibeli bila-bila masa. Boleh juga ditempah mengikut citarasa pelanggan. Waktu tempahan adalah 3hari. Anda boleh menempah bekas kueh raya itu mengikut tona warna langsir, warna kusyen agarnya ianya sedondon dan menjadi warna tema hariraya anda pada tahun ini. Ianya akan menjadi satu barangan yang bakal menjadi bualan tetamu yang datang berkunjung kerumah untuk berhariraya kelak.

Saya telah memakai bekas ini sejak 5tahun lagi, dan ianya masih berkeadaan baik. Namun untuk harga RM8.00 setiap satu, saya fikir adalah berbaloi dan menjadi kepuasan bagi saya untuk memilih bekas yang baru mengikut trend semasa dan warna tema hariraya. Harganya yang "ok" tidaklah terlalu mahal, bagi saya ianya memberikan satu kepuasan kerana bekas kueh raya itu menceriakan suasana meja hidangan kueh-mueh saya setiap tahun.

Bagi surirumah atau orang bujang yang praktikal, "happy go lucky", sempoi, "relax", ranggi dan "hip hop", apakata anda terus membelinya dengan cookiesnya sekali. Harga setiap bekas beserta cookies adalah RM25.00. Jadi, tidak perlulah bersusah payah untuk menyalin kueh, "refill" atau menyimpan kueh dalam bekas lain, terus saja meletakkan diatas meja. Tidak perlu risau, sebab kueh dan bekas kueh tersebut tersangatlah cantek, sehingga anda akan merasa mood hariraya anda menjadi hebat sekali. Percayalah...Untuk itu saya sarangkan anda membeli sebanyak 6set, 3 bekas untuk cookies, 2 bekas untuk kueh tarditional dan satu bekas untuk gula-gula atau kudapan ringan seperti kuaci.

Hamper RM150


Hamper RM150


Hamper RM140


Hamper RM130

Untuk anda yang ingin menjadikan produk ini sebagai hamper hariraya, memang amat sesuai sekali. Harga hamper boleh ditempah dalam sekitar RM130~RM150 setiap satu. Hamper akan kelihatan menarik dan berketrampilan eksekutif sebagai pemberiaan yang bercitarasa kontemporari. Penerima hamper akan merasa dihargai dan dihormati melalui barangan yang mempunyai unsur-unsur traditioanal keMelayuan.

Bekas ini boleh dibeli dengan menalipon atau sms saya 012-3765349.

Thursday, July 7, 2011

Cookies for Hariraya 2011

Salam frenz,

Tak lama lagi kita akan berpuasa dan berhariraya. Kali ini saya akan membuat biz kecil-kecilan dari dapur rumah sendiri iaitu membuat biskut raya. Idea membuat biskut raya ini tercetus bila saya mengadakan rumah terbuka tahun lepas, dimana kawan saya telah memberikan saya 4balang kueh Cornflakes Madu. Biskut tresebut telah saya letakkan diatas meja dan habis dimakan oleh tetamu yang datang. Sedap kata mereka. Rasanya ranggup crispy, tidak lemau, tidaklah manis sangat..secukup rasa, enak dan yang bestnya meraka kata "kalau makan satu nak satu lagi..susah nak berhenti".


Cornflakes Madu ..... sedaaaap !

Dari situlah saya berazam untuk menjual biskut Cornflakes Madu tersebut. Bersama rakan saya iaitu Zaidah, kami telah mula membuat promosi untuk Cornflakes Madu ini. Kami membuat contoh cookies ini untuk dirasa oleh bakal pelanggan dan mengambil tempahan. Oleh kerana ianya "homemade" maka pembuatan cookies ini semuanya memakai cara insani (manual). Kami juga menambah dua jenis biskut iaitu Chocolate Chip dan Suji.

Biskut Suji ...yummy yummy

Ramuan asas adalah tepung gandum, buttercup, minyak sapi, telur dan pewarna. Semua bahan adalah halal. Yang utama ianya dibuat oleh orang Islam dan proses pembuatan dijamin bersih.


Chocolate Chip..best!

Harga setiap cookies adalah:-
1) Cornflakes Madu RM18.00
2) Suji RM18.00
3) Chocolate Chip RM20.00
( Kuantiti setiap bekas biskut adalah 50biji. )

3 jenis cookies: Cornflakes Madu, Chocolate Chip dan Suji.


Tempahan boleh dibuat dengan sms atau call ke 0123765349 dan 0123561274. Penghantaran percuma di sekitar Lembah Klang. Tempahan luar kawasan akan dikenakan bayaran pos laju mengikut kadar yang ditetapkan. Apalagi lepas baca artikel ni, buatlah tempahan. Kalau nak tolong kawan, inilah masanya ......!!!!!! hahahaha.

Tuesday, July 5, 2011

Ayah HERO saya.

Salam frenz.

Kali ini saya ingin berkongsi perasaan pula. Pagi tadi saya menghantar ayah kehospital Serdang untuk rutin pemeriksaan berkala kesihatan ayah. Ramai sungguh orang hari ini, parking pun dah sampai kelereng bukit yang berpokok-pokok. Saya "dropkan" ayah didepan lobi menunggu dan mencari parking. Ayah tak larat berjalan jauh sebab guna tenaga kudratnya pasti membuat ayah termengah-mengah dan menyebabkan tahap oksigen akan menurun. Paru-paru ayah sudah rosak kerana ayah merokok dari sewaktu muda lagi sehingga usia ayah 60tahun. Sekarang ayah sudah berhenti merokok 15tahun lamanya, namun kesan perokok tegar seperti ayah amat memedihkan. Ayah mesti mendapatkan bekalan oksigen selama 16jam setiap hari..!!

Lepas parking yang agak jauh, menapaklah saya kelobi, daki bukit dan lalu dicelah-celah kereta yang padat. Lepas mendaftar dibawah dan diatas (2 kali daftar) barulah saya duduk disebelah ayah menunggu giliran untuk mendapat rawatan. Letih juga. Lagipun saya belum bersarapan lagi. Pukul 9am mesti ada dihospital !!!

Dimasa itulah fikiran saya melayang mengingatkan sewaktu saya kecil dan jika saya sakit, ayah akan ambil cuti dan membawa saya keklinik. Oleh kerana ayah adalah askar, ayah akan balik menaiki trak atau landrover hijau mengambil saya dan emak dirumah. Ayah memang seorang yang baik dan suka melayan kerenah anak-anaknya walaupun dia seorang askar yang pastinya garang dan berdisiplin. Berjumpa doktor tidak menjadi masalah bagi saya, ayah bercakap dengan doktor dan bertanyakan perkara penting yang berkaitan dengan penyakit saya. Seingat saya, diwaktu kecil saya seringkali mendapat kudis di tangan, kaki malah dibahagian bontot saya (hahaha). Mungkin kerana terlalu lasak bermain tanah, mandi sungai dan mencari spider dibelukar kecil. Penyakit berkudis ini akan berulang jika saya "terlebih" lasak dan degil tidak mendengar kata emak agar tidak bermain kotor.

Teringat juga saya pada satu peristiwa, dimana kucing saya telah mendapat luka yang besar ditengkuknya kerana terlibat dengan pergaduhan dengan kucing lain. Saya menangis2 agar kucing saya mesti dibawa keklinik haiwan. Ayah melayan kerenah saya, ayah balik dari markas dengan membawa trak yang besar (mungkin trak itu saja yang ada) untuk membawa saya dan kucing saya kesebuah kelinik haiwan di Ampang. Saya duduk di depan bersama ayah sambil memeluk kucing saya.. Di klinik tersebut saya dapati ramai pemilik haiwan yang sakit menunggu rawatan. Kucing yang berbulu panjang dan gebu, anjing yang hitam berkilat badannya dan macam2 lagi binatang kesayangan yang "high class". Kucing saya tidaklah secomel atau dari baka yang terkenal, kucing kampung sahaja. Namun kerana sayalah, ayah sanggup membawa kucing saya mendapatkan rawatan yang " first class ".

Dalam dua cerita ini, ayah telah mengorbankan waktu kerjanya demi saya. Ayahlah yang menjadi jurucakap dan menguruskan segala hal untuk diri saya dan kucing saya. Malah ayah telah mengeluarkan duit untuk membayar bil rawatan. Adakah saya peduli atau tahu menghargai itu semua....diwaktu itu???? Rasa saya TIDAK.

Dan sekarang ni, saya pula yang membawa ayah ke hospital. Menguruskan segala pendaftaran, temujanji dan pengambilan ubat. Malah sewaktu berjumpa doktor pun, saya akan turut serta. Pendengaran ayah sudah berkurangan dan juga kadangkala ayah tidak dapat mengingati perkara2 yang disoal oleh doktor, seperti berapa kerap ayah buang air kecil, berapa lama mengambil ubat tertentu dll.

Saya tidak bersendirian, saya lihat jika seorang warga emas dihospital, sudah pasti ada anak yang menemani mereka. Sudah lumrah, waktu kecil kita ditimang, dibelai, dijaga oleh ayah dan emak, apabila kedua ibubapa sudah tua, maka giliran kita pula yang menjaga mereka.

Syukur alhamdulillah, Allah SWT memberikan saya rezeki sihat tubuh badan dan kelapangan masa, maka dapatlah saya "membelai" ayah saya pula. Puas hati saya, membawa ayah kehospital ataupun kemana saja yang ayah inginkan, tidak menjadi beban pada saya. Malah saya merasa bangga membawa ayah kemana saja, kerana ayah adalah HERO bagi saya.