Monday, June 29, 2009

1 Malaysia : Teori dan Praktikal

Tadi, saya dan beberapa orang kawan telah membicarakan topik 1Malaysia di kafe Kota Damansara. Saya amat tertarik dengan kenyataan kawan saya yang berkata, "Kita nak lihat satu hari nanti Raju atau Ah Chong akan menghantar Pak Mat yang tua ke masjid untuk sembahyang Jumaat, itu barulah ada jiwa 1Malaysia". Tersentuh hati saya bilamana kawan saya itu adalah dari kaum India. Saya juga meminati filem arahan Yasmin seperti sepet dan talentime yang mempunyai elemen 1Malaysia. Begitu juga iklan televisyen yang memaparkan kaum Cina yang memberikan ayam pada kaum Melayu untuk disembelih supaya dapat dimakan bersama-sama dengan jiran kaum Melayu, Cina dan India. Kita mesti peka bahawa kaum India tidak makan daging lembu, oleh yang demikian jika kita menjemput kaum India kenduri kahwin atau majlis makan, sebaiknya gunakan ayam bukan lembu dalam masakan agar mereka dapat bersama-sama makan. Dalam pemahaman 1Malaysia, setiap kaum di Malaysia seharusnya memahami sensitiviti kaum yang lain dan menghormati budaya hidup mereka. Perpaduan menjadi mangkin 1Malaysia yang mantap. Harapan saya 1Malaysia dapat difahami dengan mudah dan dipraktik dengan rasa ikhlas dari semua kaum di Malaysia.

No comments:

Post a Comment