Wednesday, June 22, 2011

5S dapur

Salam frenz..

Saya telah melakukan aktiviti membersihkan kawasan dapur baru-baru ini. Oleh kerana pencuci axion di singki telah habis, saya telah cuba mencari di dalam kabinet dapur. Memang emak selalu membeli "spare" barangan pencuci dan meletakkan di dalam kabinet di bawah singki. Tetapi bila saya membuka kabinet, saya dapati barangan pencuci berselerak, seolah-olah dicampak saja, terpaksa saya menyelongkar mencari. Cari punya cari, takde pun, mungkin dah habis.

Maka saya mengambil keputusan untuk membuat 5S ( gerak kerja pembersihan). 5S adalah singkatan perkataan Jepun iaitu:-

SEIRI SISIH
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan
di tempat kerja dan membuangkannya

SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur
supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada
habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan
tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan
kebersihan yang baik dengan sendirinya

Jadi saya pun melakukan 5S dengan mengikut peraturan diatas. Saya asingkan barangan yang tidak diperlukan dan membuangnya. Saya susun cantik-cantik dan rapi didalam bekas, mengikut produk seperti sabun mandi, sabun tangan, sabun pinggan mangkuk, sabun pencuci tandas, dan sabun kain diletakkan ditempat yang sama label. Manakala ubat gigi, berus gigi dan listerin (ubat kumor) ditempat lain. Nila, klorok dan soflan ditempat yang lain. Pengasingan dilakukan supaya mudah untuk mencari kelak. Tak lah habis masa mencari.

Lagipun, jika produk tersebut habis, senang untuk dikenal pasti dan segera dibeli. Begitu juga, jika produk tersebut terlalu banyak, maka tidak perlu ditambah lagi. Kadang-kadang produk tersebut sudah habis tempoh dan perlu dibuang.

Selepas sudah selesai kerja-kerja pengasingan dan menyusun atur, saya membuat label dan inventori. Ianya penting, supaya emak saya tidak lagi membeli produk yang sama walaupun harganya murah atau "on sale". Selalunya barangan "on sale" adalah barangan yang hampir tamat tempoh.

Di bawah ini adalah gambar yang saya ambil sebelum dan sesudah. Walaupun taklah rapi sangat, tapi ada penambahbaikkan, lebih teratur dan kemas.


sebelum 5S, masih dalam plastik beg



selepas 5S ada 5 beg BioZip !!!


selepas 5S banyak tu sabun !!



Maka, saya telah mendapat banyak faedah:-
1) Boleh mencari barangan dengan cepat.
2) Mengenalpasti barangan yang hampir tamat tempoh.
3) Tidak membeli barangan yang masih ada sewaktu shopping.
4) Tempat yang bersih dan teratur.

Dan yang paling penting, emak saya amat gembira bila melihat kabinet dibawah singki telah bersih, kemas dan teratur. Emak terkejut yang sabun BioZip beg 3Kg berjumlah 5beg yang belum digunakan lagi...! Manakala pelembut Softlan ada 2beg refill, sabun tangan 3beg refill dan nila masih ada 2botol!!!.

Jimatlah duit untuk bulan depan. Alhamdulillah..berbaloi.

2 comments:

  1. (^____________________^)...
    1. tahniah untuk Ibu..Ngemas dapur lagi.. mujur tak jumpa cik siTIKUs..
    2. Nenek pas ni xde alasan lah nak ajak gi shoping sabun.. tuk tis month lah...

    ReplyDelete
  2. Ya Ted, nenek gembira ssgt. Mak menti tu pun ibu dah buat proses pelupusan dengan membeli racun, menjamu mereka dengan rendang ikan bilis rendang, at last dapat 3ekor.

    ReplyDelete