Tuesday, August 18, 2009

1 Kepuasan - NGV alternative fuel

Pada awal bulan Ogos saya telah memasang sistem NGV pada kereta Honda CRV saya. Kos pemasangan bernilai RM5,000. Sistem "sequential" agak mahal. Tangki silender NGV 70liter. Pam penuh tangki harga RM9 ~RM10 bergantung pada tekanan stesen pam petronas. Harga NGV RM0.68 seliter. Manakala petrol RM1.80 seliter.

Apa yang mengembirakan ialah dengan nilai wang RM10.00 saya mendapat 150km. Jika pakai petrol jarak sedemikian memerlukan Rm30.00. Setiap hari perjalanan dari Cheras keBandar Baru Bangi 22km. Ulang alik 44km sehari. Ini bermakna saya membelanjakan cuma RM10.00 untuk 3hari, berbanding dulu mungkin RM50.00 utuk 3hari (termasuk singgah kedai).

Paling seronok duit dalam wallet RM10.00 pun dah dapat isi penuh. Kalau dulu petrol RM50.00 baru separuh takuk. Sekarang ini, pergi kemana-mana tidak menjadi masalah. Cuma pastikan tahu dimana stesen NGV. Jika tiada pun, kereta masih oleh bergerak dengan petrol.

Oleh yang demikian, kos RM5,000 dapat "pulang modal" dalam jangka masa yang singkat. Lagi jauh berjalan, lagi cepat kadar pulangan. Seperti kawan saya yang menggunakan NazaRia, pergi KL - Johor pulang balik, cuma RM46.00 sahaja. Mahal lagi tol!!!. Kereta MPV seperti NazRia dan Unser memang "kuat minum" (drinker).

Jika berminat, buatlah pemasangan dibengkel yang mempunyai kelulusan JPJ. Pastikan tangki silender mendapat kelulusan ISO. Begitu juga pemasangan dibuat oleh mekanik terlatih yang mempunyai sijil MLVK.

Bengkel pemasangan ABEX di Selaman Industri, Bandar Baru Bangi menepati semua kriteria tersebut. Di tambah lagi dengan pemasangan alat mengesan kebocoran gas (GLD-Gas Leak Detector) dan juga set EVP - Extreme Valve Protection bagi penjagaan injap enjin.

Berminat untuk memasang sistem NGV, maka telefonlah saya di 012-3765349. Cara untuk berjimat dalam jangka masa panjang. Ianya BERBALOI.

No comments:

Post a Comment