Tuesday, July 5, 2011

Ayah HERO saya.

Salam frenz.

Kali ini saya ingin berkongsi perasaan pula. Pagi tadi saya menghantar ayah kehospital Serdang untuk rutin pemeriksaan berkala kesihatan ayah. Ramai sungguh orang hari ini, parking pun dah sampai kelereng bukit yang berpokok-pokok. Saya "dropkan" ayah didepan lobi menunggu dan mencari parking. Ayah tak larat berjalan jauh sebab guna tenaga kudratnya pasti membuat ayah termengah-mengah dan menyebabkan tahap oksigen akan menurun. Paru-paru ayah sudah rosak kerana ayah merokok dari sewaktu muda lagi sehingga usia ayah 60tahun. Sekarang ayah sudah berhenti merokok 15tahun lamanya, namun kesan perokok tegar seperti ayah amat memedihkan. Ayah mesti mendapatkan bekalan oksigen selama 16jam setiap hari..!!

Lepas parking yang agak jauh, menapaklah saya kelobi, daki bukit dan lalu dicelah-celah kereta yang padat. Lepas mendaftar dibawah dan diatas (2 kali daftar) barulah saya duduk disebelah ayah menunggu giliran untuk mendapat rawatan. Letih juga. Lagipun saya belum bersarapan lagi. Pukul 9am mesti ada dihospital !!!

Dimasa itulah fikiran saya melayang mengingatkan sewaktu saya kecil dan jika saya sakit, ayah akan ambil cuti dan membawa saya keklinik. Oleh kerana ayah adalah askar, ayah akan balik menaiki trak atau landrover hijau mengambil saya dan emak dirumah. Ayah memang seorang yang baik dan suka melayan kerenah anak-anaknya walaupun dia seorang askar yang pastinya garang dan berdisiplin. Berjumpa doktor tidak menjadi masalah bagi saya, ayah bercakap dengan doktor dan bertanyakan perkara penting yang berkaitan dengan penyakit saya. Seingat saya, diwaktu kecil saya seringkali mendapat kudis di tangan, kaki malah dibahagian bontot saya (hahaha). Mungkin kerana terlalu lasak bermain tanah, mandi sungai dan mencari spider dibelukar kecil. Penyakit berkudis ini akan berulang jika saya "terlebih" lasak dan degil tidak mendengar kata emak agar tidak bermain kotor.

Teringat juga saya pada satu peristiwa, dimana kucing saya telah mendapat luka yang besar ditengkuknya kerana terlibat dengan pergaduhan dengan kucing lain. Saya menangis2 agar kucing saya mesti dibawa keklinik haiwan. Ayah melayan kerenah saya, ayah balik dari markas dengan membawa trak yang besar (mungkin trak itu saja yang ada) untuk membawa saya dan kucing saya kesebuah kelinik haiwan di Ampang. Saya duduk di depan bersama ayah sambil memeluk kucing saya.. Di klinik tersebut saya dapati ramai pemilik haiwan yang sakit menunggu rawatan. Kucing yang berbulu panjang dan gebu, anjing yang hitam berkilat badannya dan macam2 lagi binatang kesayangan yang "high class". Kucing saya tidaklah secomel atau dari baka yang terkenal, kucing kampung sahaja. Namun kerana sayalah, ayah sanggup membawa kucing saya mendapatkan rawatan yang " first class ".

Dalam dua cerita ini, ayah telah mengorbankan waktu kerjanya demi saya. Ayahlah yang menjadi jurucakap dan menguruskan segala hal untuk diri saya dan kucing saya. Malah ayah telah mengeluarkan duit untuk membayar bil rawatan. Adakah saya peduli atau tahu menghargai itu semua....diwaktu itu???? Rasa saya TIDAK.

Dan sekarang ni, saya pula yang membawa ayah ke hospital. Menguruskan segala pendaftaran, temujanji dan pengambilan ubat. Malah sewaktu berjumpa doktor pun, saya akan turut serta. Pendengaran ayah sudah berkurangan dan juga kadangkala ayah tidak dapat mengingati perkara2 yang disoal oleh doktor, seperti berapa kerap ayah buang air kecil, berapa lama mengambil ubat tertentu dll.

Saya tidak bersendirian, saya lihat jika seorang warga emas dihospital, sudah pasti ada anak yang menemani mereka. Sudah lumrah, waktu kecil kita ditimang, dibelai, dijaga oleh ayah dan emak, apabila kedua ibubapa sudah tua, maka giliran kita pula yang menjaga mereka.

Syukur alhamdulillah, Allah SWT memberikan saya rezeki sihat tubuh badan dan kelapangan masa, maka dapatlah saya "membelai" ayah saya pula. Puas hati saya, membawa ayah kehospital ataupun kemana saja yang ayah inginkan, tidak menjadi beban pada saya. Malah saya merasa bangga membawa ayah kemana saja, kerana ayah adalah HERO bagi saya.

No comments:

Post a Comment