Monday, November 2, 2009

Musim peperiksaan- Good luck Rafi, Afiq & Adam

Sekarang minggu peperiksaan bagi sekolah rendah dan menengah. Anak-anak kurang kelihatan di Mall dan di taman permainan. Masing-masing membaca buku dirumah. Mak Ayah membuat undang-undang kecil yang baru, mengulang kaji pelajaran mengikut susunan jadual peperiksaan. Kesihan budak-budak dibawah umur 12 tahun, sudah merasai tekanan dan himpitan perasaan. Setiap ibubapa mahukan anak mereka nombor 1 dalam kelas. Nombor 1 cuma seorang saja yang bakal mendudukinya, bertoleransilah sedikit.

Buatlah target yang lebih bermakna atau praktikal. Jadikan sasaran setiap subjek mendapat 95 markah daripada 100 atau gred A. Ini lebih bagus dan anak-anak tentu faham bahawa untuk mendapat 95 keatas kuotanya tidak terbatas.

Yang terbaik tetap terbaik dan tidak boleh diukur secara digital 1 atau 0. Jadilah manusia yang "ANALOG" agar pencapaian dapat diukur dengan julat yang besar dan berunsurkan KASIH SAYANG.

Jangan bunuh jiwa yang lembut dengan sasaran yang tidak praktikal..mesti nak nombor 1. walaupun dulunya ibubapa sendiri pun nombor 1 dari belakang.....

No comments:

Post a Comment