Monday, November 23, 2009

Hajat tak kesampaian untuk mengerjakan haji

Kesihan mendengarkan berita seramai 30bakal haji yang tidak dapt menunaikan haji kerana tiada lagi tempat duduk penerbangan. Alahai, jika dibenarkan bediri seperti dalam bas, tentu mereka sanggup. Alangkah kecewa dan sedihnya perasaan masing-masing. Duit sudah pun dibayar dan persiapan telah lama dibuat. Tup tup tiada "seat". Fikirkanlah jika ianya melibatkan saudara atau ahli keluarga kita.

Memanglah tabung haji menguruskan semua jemaah haji Malaysia. Tetapi mengapakah syarikat yang dilantik oleh Tabung Haji ini gagal ntuk melaksanakan amanah yang telah diberikan. Setiap tahun, penduduk Malaysia akan pergi keMekah. Dan kisah begini masih lagi terjadi. Apakah Tabung Haji berdiam diri sahaja?

Mungkin sudah sampai untuk kita mencari jalan alternatif yang lain. Tabung Haji perlu ada saingan supaya ia menjadi yang terbaik. Seperti MAS , dulu ianya merupakan satu-satunya (monopoli) syarikat penerbangan yang ada. Kita terpaksa naik MAS walaupun perkhidmatan dan tambangnya mahal, sebab tak ada pilihan. Sesudah adanya AIRASIA, barulah MAS kelam kabut memperbaiki perkhidmatan mereka dan memperbanyakan promosi tambang murah. Oleh kerana jenama MAS yang 'mahal', maka ujud lah pula FIREFLY (anak syarikat MAS jugak) satu jenama baru yang ala ala AIRASIA. Dan kini kita ada 3syarikat penerbangan yang boleh kita piih.

Selalunya orang akan cari AIRASIA dulu, lepas tu FIREFLY dan barulah MAS. Jadi disini persaingan yang ujud diantara 3 syarikat memberikan keuntungan pada rakyat untuk memilih. Dan boleh dikatakan "everyone can fly now" tagline syarikat AIRASIA lah yang paling popular atau yang terbaik.

Jadi, berbalik kepada Tabung Haji punya hal tadi. Sekarang ini tiada saingan buat mereka. Seolah-olah mereka berlari sendirian, sememangnya mereka menjadi nombor 1 atau yang terbaik sebab berlari sorang-sorang. Cuba kita letakkan atau tubuhkan satu lagi syarikat yang menguruskan jemaah haji untuk menjadi saingan Tabung Haji, saya rasa tentulah perlumbaan untuk menjadi yang terbaik atau nombor satu itu lebih mencabar dan menarik.

Idea Prof. Diraja E.Aziz untuk menubuhkan Tabung Haji adalah semata-mata untuk menguruskan rakyat Malaysia bagi mengerjakan haji. Ini adalah "priority atau prime responsibility" bagi Tabung Haji. Jika sampai kesaat ini 2009, masih ada lagi jemaah yang tercicir, kecewa, atau tertipu untuk mengerjakan haji, alangkah buruknya prestasi Tabung Haji. Ini, berkemungkinan pihak Tabung Haji sekarang ini sibuk pula menjalankan bisnes hartanah atau melaburkan duit jemaah haji kebidang lain. Maka tumpuan atau fokus utama mereka iaitu mempastikan penyimpan tabung haji untuk mengerjakan haji telah jatuh ketempat terkebawah.

Saya fikir sebaik-baiknya kerajaan Malaysia menimbangkan semula untuk membenarkan KWSP menguruskan dana penyimpan untuk meletakkan sedikit bahagian simpanan bagi pekerja beragama Islam untuk menggunakan simpanan mereka bagi tujuan mengerjakan haji. Sebelum mereka pencen, pada usia 50tahun, mereka dibenarkan mengeluarkan simpanan bagi keperluan mengerjakan haji. Maka rukun Islam yang kelima terlaksana sebelum mereka pencen. Giliran untuk mereka mengerjakan haji telah diketahui awal-awal lagi. Jemaah haji Malaysia akan menjadi jemaah yang bertenaga dan kuat ketika berada ditanah suci. Kuranglah perbelanjaan kesihatan atau lain-lain kos yang berhubung kait denga faktor usia. Rata-rata jemaah haji Malaysia berusia 50 ~ 55 tahun.

Jika difikirkan, memastikan rakyat Malaysia mengerjakan haji adalah satu usaha yang amat baik dan mulia disisi Allah SWT. Mengapakah pihak-pihak ulama dan ahli fikir Islam tidak memikirkan perkara ini. Yang disibukkan adalah isu-isu remeh yang tidak menyeluruh seperti hukum rotan, Dr.Asri, Tok Nik......

Fikir-fikirlah....

No comments:

Post a Comment