Sunday, February 7, 2010

GOSSIP ....pengajaran

Semalam aku tengok movieworld bertajuk DOUBT yang dilakonkan oleh Meryl Streep (takpasti betul ke tak spelling namanya). Dalam cerita itu, terdapat satu pengajaran yang aku ingat sampai sekarang ini. Mengenai dosa membuat gossip.

Dimana seorang gadis bermimpi satu tangan ( God's hand) telah mengarahkan nya membuat pngakuan kepada paderi diatas dosa gossip yang telah ia lakukan. Dia sungguh menyesal dan ingin meminta pengampunan. Maka paderi itu mengatakan, baiklah. Paderi itu menyuruh gadis itu balik dan mengambil bantal tidurnya. Dia disuruh naik kebumbung rumah dan mengoyakkan bantal tersebut, maka beterbanganlah bulu kapas bantal itu ditiup angin kemerata-rata tempat. Gadis itu berjumpa semula dengan paderi tersebut.

Dia mengatakan bahawa dia telah pun berbuat apa yang disuruh oleh paderi itu. Maka paderi itu berkata, sekarang kamu terpaksa mengumpulkan semula bulu kapas bantal tersebut, maka gadis tersebut berkata, mana mungkin dapat saya mengumpulkanya kerana bulu kapas itu telah terbang berselerak dimerata-rata tempat dan mustahil baginya untuk mengutipnya satu persatu.

Maka paderi itu pun berkata, Gossip yang kau lakukan itu umpama bulu kapas bantal mu, kerana ianya telah pun merebak kemerata-rata tempat dan agak mustahil untuk kamu menarik balik percakapan gossip tersebut. Itulah perumpamaan dosa gossip yang tidak benar dan susah untuk diampunkan.

Menarik bukan?

2 comments: