Wednesday, October 14, 2009

Malaysian Industries

Saya membaca blog Tun Dr. Mahathir hari ini. Saya bersetuju dengan semua yang ditulis. Jika benar sekali pun barangan Malaysia kurang bermutu, tetapi jika tidak diberikan peluang untuk dipasarkan bagaimanakah kualiti itu dapat diperbaiki. Tidak semua barangan import itu baik. Yang lebih teruk lagi barangan import tiruan. Harga mahal tapi kualiti mengecewakan.

Jika kerajaan Malaysia lebih telus dan bersungguh untuk menolong rakyat, lebih baik kerajaan menolong industri Malaysia sendiri. Jika diambil contoh syarikat saya sendiri yang bersungguh untuk membuat barangan tempatan dengan mengambil kira memberikan peluang pekerjaan kepada graduan kelak, tetapi jika projek saya tidak disokong dan diluluskan, maka peluaang pekerjaaan untuk graduan juga hilang.

Kadang-kala, kita sendiri antara sedar tidak sedar memperlekehkan barangan buatan Malaysia. Kata seperti "ala barang local, cam ni la" atau "mesti local made punye ni..hampeh". Saya cuba untuk memperbaiki persepsi ini. Yang agak berat untuk berubah pada diri saya adalah pelanggan tetap McD. Bukan apa, cepat, bersih dan mudah didapati bila terlalu lapar.

MALAYSIAN%20INDUSTRIES

Shared via AddThis

No comments:

Post a Comment