Thursday, October 29, 2009

Tidak tahu bersyukur.

Kita mestilah selalu bersyukur dengan pemberiaan Tuhan kepada kita. Pemberiaan tersebut tidaklah datang terus dari Tuhan kepada kita, tetapi ianya datang melalui perantaraan. Mungkin dalam masa kita susah tiada duit, tiba-tiba terserempak kawan lama, dan kawan itu mengajak kita berbual direstoran dan membayar harga makanan, inilah yang dikatakan rezeki dan kita sepatutnya bersyukur.

Andaikata kita bekerja, setiap bulan boss akan berikan gaji. Kita sepatutnya bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada boss. Adakah anda mengucapkan terima kasih setiap hujung bulan kepada boss anda? Jawapan nya...tidak. Kerana kita fikir sepatutnya boss yang berterima kasih pada kita sebab kita dah pun bekerja kuat. Tetapi adakah kita benar-benar bekerja kuat dan tidak membazir waktu bekerja dengan berborak, atau menggunakan harta syarikat seperti komputer untuk 'surfing' internet, atau menggunakan photocopier untuk membuat salinan kertas soalan anak atau salinan resepi kueh. Tidak bukan?

Sekarang saya sedar, bahawa bilamana pekerja kita yang mempunyai masaalah ditempat kerja seperti tidak amanah, berdendam, cuai, lambat datang, sengaja melambat-lambatkan kerja, mereka ini adalah pekerja yang tidak tahu bersyukur dan yang tidak pernah berterima kasih pada syarikat atau boss, malah mereka mempertikaikan apakah yang mereka dapat apabila sudah bertahun2 kerja dengan syarikat. Mereka lupa bahawa mereka telah mendapat rezeki setiap bulan, dan rezeki itu adalah dari syarikat.

Mereka ini memang tidak sedar diri, dan masih lagi "berpura-pura" bekerja, tetapi hakikatnya menjahanamkan syarikat dan menyuntik gejala tidak sihat dikalangan pekerja lain. Sebaiknya, pekerja begini, diberhentikan apabila tidak "performed". Inilah jalan yang sebaik-baiknya.

No comments:

Post a Comment