Sunday, March 21, 2010

Vietnam Trip

Sebenarnya banyak juga negara yang telah kami kunjungi. Selalunya kami mengikut "package trip", tetapi kali ini kami telah membuat tempahan tiket kapalterbang Airasia dan membeli package trip ditempat kami lawati. Jadi ianya lebih mencabar. Destinasi kami adalah VIETNAM iaitu Hoh Chi Mien @ Saigon.
Gambar bersama emak dihadapan Dewan Bandaraya Saigon
Kali ini kami pergi bertiga emak, kak Yati dan Ija. Objektif kami ialah nak shopping tudung, telekung dan blaus muslimah. Memang berbaloi pun. Makan no problem, sedap jugak masakkan orang Vietnam ni. Kami makan kat Halal Saigon, best.

My sister enjoying the dishes of Vietnam.
Dalam lawatan tersebut, kami pergi ke Cuchi Tunnel dimana terdapat kawasan kem askar Vietnam diwaktu peperangan menentang Amerika. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan memasuki lorong laluan bawah tanah sepanjang 20meter yang semuaat badan sahaja. Merangkak dalam gelap, sesekali tercium bontot orang yang didepan bila terhenti dalam gelap. Sungguh menggelikan hati.

Dah abis azab aku berjalan kat terowong ni.
Pengalaman yang lain pula ialah menaiki bot menyeberangi Sungai Mekong dan melawat kawasan kebun buah2an diseberang sungai tersebut.
Ditebing sungai Mekong sebelum naik kebot bersama mak tersayang.


Ini pulak, gambar Ija dengan kakak tercomel didunia, kak Yati diatas bot. Takut gak, tapi disebabkan nak berposing sakan, hilang rasa takut. Besar Sungai Mekong ni, airnya tak pernah jernih pun, warna teh susu. Kami saja yang naik bot tersebut.Perasan tak?, kami tak pakai jaket keselamatan pun, konfiden abis. Tapi bila diingatkan semula, jika bot tu karam, hish.....abis la kami bertiga beranak. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku.

Kami bershopping sakan jugak di Saigon. Tudung ala-ala Ikin @ ariani tu harganya cuma USD1 ke USD3 shaja. Lebih kurang RM12 jer. Apalagi kak Yati borong banyak gak. Telekung Vietnam pun harganyaUSD10, canteeekk beb.
Beg tangan pun murah bebenor. Kira-kiranya berbaloi baloi kunjungan kami ini.

Jumlah perbelanjaan lebih kurang RM2,000 complete !!

2 comments:

  1. bestnye!!! Ikut ati mmg nak join tp xde sponsor..sok2 kalau ada rezeki lebeh bolela join ek :)

    ReplyDelete
  2. boleh no pronlem punyer. Kau rajin-rajinla ambik tempahan manik tu. Boleh pergi beli manik Vietnam pulak....murah kot.

    ReplyDelete