Wednesday, March 3, 2010

Bergabunglah bangsaku ......

Sudah bermula suasana pergolakkan politik dalaman Pakatan Rakyat. YB YB dari PKR lah yang paling ramai menyatakan kekesalan perjuangan mereka yang sudah divert dari landasan reformasi yang dilaung-laungkan. Impian mereka amat mulia dan baik, tetapi kerana tiada permuafakatan antara parti dan juga ketua PR yang tersendat dengan kes mahkamah, maka mereka hilang panduan.

DAP parti satu kaum memang berlagak tokey besar. Sombong dan angkuh. Seperti ayam jantan menang sabung. Menidakkan keadilan atas kaum Melayu dan kaum India diPenang. Membela kaum Cina diPenang, diPerak dan diSelangor. Manakala PAS pula berdiam diri bila isu-isu agama Islam diperlekehkan oleh kaum lain seperti isu kalimah ALLAH.

Perasaan rakyat yang perihatin menjadi marah, sedih, geram, tak puashati dan lain-lain. Dan, saya pula ingin menyeru wahai orang Islam bergabunglah kamu atas nama agama ALLAH dalam menangani masalah sekarang tidak kira dari parti politik mana sekalipun. Bergabunglah menentang sesiapa saja yang ingin menghancurkan Islam atau kaum Melayu dari bumi ini.

No comments:

Post a Comment