Tuesday, March 23, 2010

Anak sekarang - SCORE

Saban hari suratkhabar pasti memberikan berita anak-anak yang bijak dan pandai. Setiap kali peperiksaan penting UPSR, PMR, SPM dan STPM akan terpampanglah keputusan cemerlang yang diraih oleh pelajar-pelajar. Berpelukan bersama ibubapa dan memberitahu apakah rahsia kejayaan masing-masing.

Ramai sungguh yang pandai-pandai. Ibubapa akan tension jika anak mereka tidak score. Balik rumah mesti termenung jugak dan berfikir macam mana anak mereka tidak score padahal sama sekolah dan sama saja guru yang mengajar. Berbeza adalah anak itu sendiri. Malas atau rajin, baik atau nakal. Kadangkala, kesihan pula melihat anak-anak kecil yang masih dibawah umur 12tahun dihantar ketuition dan tidak ada masa untuk berehat kecuali hari Sabtu dan Ahad. Setiap waktu asyik melayan homework dan buku-buku.

Dulu dulu, takde la nak tuition atau asik membaca buku saja. Habis sekolah, petang main layang-layang, tangkap ikan, main bola, main polis and thieve dll. Malam baca buku pun haya 1jam aje. Lagipun takdelah banyak kerja sekolah pun. Paling kuat buat karangan.

Beruntung rasanya aku sekarang ni, takdelah tension masa kecik-kecik dulu, jadi gak Engineer dan belajar pun kat sekolah harian iaitu sekolah SAAS. Dapat gak pergi USA. Alhamdulillah, kemungkinan dikurniakan otak yang cerdas oleh Allah SWT.

Seperti kata my friend Miza, Adam good boy sebab dapat markah diatas 95. Target yang di setkan oleh Miza sendiri. Tinggi tu. Nasib baik dapat score kalau tak...Adam is not good boy ke?
Kadang-kadang anak kita masih tidak dapat lagi "ummph" belajar tu....tunggulah sehingga mereka sudah 15 tahun, kemungkinan sudah memahami pentingnya pelajaran, maka mereka akan belajar dengan penuh rela dan tenang, insyaallah mereka akan score PMR, SPM dan STPM. Jika masih tercicir lagi, kerja lah dulu dan ambil peluang belajar outcampus. Kan belajar itu lifelong learning.

1 comment:

  1. memangla kalau di pk2 macam kita mendera anak tapi kita buat semua utk kebaikkan dia..biar dia tahu dan faham bahawa pelajaran itu penting dan dia pasti akan dapat imbuhan yg setimpal di kemudian hari.InsyaAllah....

    ReplyDelete